Do good. Always.

Do good. Always.

Thursday, February 16, 2012

Dapat Lagiiii !!

Yeay!! Dapat present lagi. Walaupun birthday saya dah lama lepas lebih kurang 6 bulan yang lepas, saya masih menerima beberapa hadiah istimewa daripada individu-individu penting dalam hidup. Dah masuk tahun baru pun, mungkin hadiah tu untuk tahun ni sekali kot, save budget, kan?hehe. By the way, thanks a lot to them for giving me those presents. I love you so much guys!! You are a part of my life and may we will stay together till the last breath.


Siapa mereka?? Ok, yang bagi teddy bear comel giler kat bawah ni adalah sepupu saya yang cantik jelita. Namanya, Tuan Azuraini Mohd Asri atau saya panggil Ninie saje. Dia ni dah jadi macam adik saya la. Dari kecik saaaaampai sekarang kalau cuti sekolah saya akan ajak dia tidur kat rumah, teman dan main sama-sama. Almaklumlah, saya ni kan anak perempuan tunggal, bosan takde kawan nak main teddy bear sesame. Takkan nak ajak abang-abang tersayang lak kot. Hahaha. Terima kasih bebanyak Ninie bagi Kak Mira *nama panggilan dia kepada saya* teddy bear cute ni. Beli kat Parkway gituuu.




Apa kat dalam ni? Apa ada kat dalam ni?? *suspen*




Cakkkkkk~~~ hehe. Nak bagi nama apa kat ‘dia’ ni eh?



Ok, next. Sweet tak kalau dapat coklat tulis nama kita macam ni?? Mestila sweeeeettttt.. Itulah yang saya rasa terhadap awak, Nur Ainsyafinaz Samsudin. Awak ni sweet jugak eh?hehe. Dah2, ok ni adalah homemade chocolate yang dibuat sendiri oleh empunya badan bernama Ainsya ni. Terharu lebih dowhh. Siap ada riben lagi kat atas tu. Thanks babe! Tahun ni nyer birthday nak ni lagi tau. Tak bagi saya merajuk 44 hari. Haha. Budak Ainsya ni salah seorang dari bestfriends saya la. Kenal dia masa kat Matrikulasi UIA dulu, satu hostel. Kami ada banyak persamaan, especially benda yang kami suka dan tak suka. Best kawan dengan dia ni, sayang kawan-kawannya.


Matric card holder Spongebob yang comel tu pun dia bagi jugak. Tapi segan nak pakai g kelas. Obvious suka kartun. Heee..



Yang last ni pulak, bestfriend saya yang bagi. Bukan hadiah hari jadi pun. Kebetulan dia bagi pada hari yang sama dengan gift yang Ainsya bagi tadi. Jadi, saya ambil gambar dan masukkan sekali dalam entri kali ni. Dia tahu saya peminat tegar coklat, sebab tu dia suka bagi bendalah ni kat saya. Ni first time makan coklat ni, tapi sedaaappp sangat-sangat!!! Thank you Berry (^_^)



Berlatarbelakangkan buku Medical- Surgical Nursing tuuu.. Wahh!




Special thanks to: Tuan Azuraini Mohd Asri, Nur Ainsyafinaz Samsudin, and Blueberry.


Saturday, February 11, 2012

A Share

Rase-rase saya nak share pasal ape ye? Ermm.. tadi sebenarnya saya saje la gatal tangan + takde kerja google image Neelofa, alah juara Dewi Remaja tuuuhh.. Cantik kan dia? So, saya yakin saya bukan satu-satunya orang yang google pasal dia. Am I right, guys?? Sampai ada sorang kawan saya kat Facebook yang post kat wall beliau berbunyi,

"Tengah tengok gambar Neelofa, mana la tau nanti jadi cantik macam dia"



Amboi engkau, ingat dengan tengok gambar orang cantik-cantik, terus boleh jadi cantik ke? Kalau macam tu, semua orang cantik rupa la kat dunia ni, dengan syarat diorang kena tengok dulu mana-mana gambar makhluk cun dan hensem. Kan?hmmmm... Ok2, that's not the point actually. Sebenarnya, masa sort out gambar-gambar dia, biasalaaa Google kan suka je letak gambar yang tak berkaitan. So, saya TERjumpa la satu gambar Ustaz Azhar Idrus, dengan kata-kata yang ini :






Sekali baca macam kelakar kn? Tutup lampu sebab tak nak tengok muka pasangan yang tak cantik/hensem?? Hahahaha. Tapi 2 kali baca dapat tak isi tersirat dia? Ha, tak dapat??? Sila baca buat kali ke-3!!

Maksudnya di sini kalau muka je cantik/hensem macam Aishwarya Rai atau Tom Cruise * tak berani den nak letak nama artis Malaysia, takot kena saman je, tak mampu den nak membayo nyerr* tapi perangai cam hampeh je, ada sifat-sifat buruk dalam dirinya yang akan mendatangkan mudarat kepada pasangannya, lebih baik tak payah ambil dia sebagai calon suami/isteri. Nescaya rumahtangga takkan bahagia. Betul tak? Perghh, macam perunding perkahwinan pulak saya ni. Mengada je kan, tak tahu pape pun sebenarnya pasal benda-benda macam ni. Heee.. Ok la, tu je kot nak share, yang lain korang boleh fikir sendiri kan? Tapi kan saya pun sebenarnya suka jugak sorang mamat ni sebab dia hensem. Nak tahu sape? Yang ni la...






Dia ni la.. Boleh tak kalau saya nak suka dia?? Ha? Tak boleh??? Hrmmm..




Ok la, ok la. Kalau yang ni? Liam Neeson, dia dah tua tapi hensem. Lagipun, dia da jadi duda, isteri dia dah meninggal. Lagi satu yang saya suka, dia cakap nak peluk Islam. Boleh la eh? Pleaseeee.. Erm, ok. TAK BOLEH!!




Yang ni tak hensem tapi saya tahu jawapannya still TAK BOLEH kan?? Takpe laa =.='



Thursday, February 2, 2012

Posting Sem 2..


Bermula 26 Disember 2011 sehingga 20 Januari 2012 yang lepas, nursing students Year 2 macam saya ni telah berposting di bukan lagi HTAA. Bukan lagi HTAA itu membawa maksud kami telah berposting ke luar negara daerah yakni di Temerloh *eleh, Temerloh je pon*. Hospital berkenaan bernama *bernama?? ish, cam pelik je* Hospital Sultan Haji Ahmad Shah a.k.a HOSHAS. Eh, Sultan Ahmad da pergi haji rupenye, x tahu la pulak.hehe. HOSHAS ni kan, cantik sangat lagi-lagi lanskap dia, tapi sayang, saya lupa nak ambik gambar, syok sgt lalu hari-hari kat tempat tu sampai terlupa nak ambik gambar sebagai kenangan hari tua.haha.



Opsss.. ada sorang nurse mencapap di situ. Untung U, masuk blog I lagi..hehe.




Ini la sedikit gambaran hospital ni. Ni gambar lobi utama HOSHAS. Nampak tak nurse tu macam nak lintas jalan kan? Bila dia lintas nanti, dia akan melalui satu fasa yang sejuk mata memandang *tetibe datang perkataan fasa tu pehal?* sebabnya kat seberang jalan kecik tu, kat situ la ada taman yang sangat cantik. Ada pondok-pondok rehat, ada kolam-kolam kecik berisi ikan comel dan rumput yang hijau merendang merentang. Erkk, korang bayangkan sendiri la ye, sebab tiada sebarang gambar untuk dipaparkan, sekian.


Ermm.. nak tau lagi pasal HOSHAS ni? Apa nak saya nak bagitau lagi ek? Ha, seluruh cerok pelosok hospital ni adalah full-air conditioning. Best kan? Mestilah!! Bayangkan la kalaulah *ini betol-betol kalau eh* korang masuk hospital, tapi takde duit nak bayar bil hospital, pastu ambik keputusan masuk je la third class punye wad, korang still lagi boleh merasa duduk dalam air-cond, which is semua orang suka kan?? Wahhh, heaven hidup beb.. Korang pun selesa, takde peluh2, takde la nanti mintak permission dengan nurse nak bawak kipas dari rumah, memang takk laaa.. Bila korang selesa, kitorang sebagai student nurse pun selesa. Kenapa?? Yela, bila korang tak berpeluh, kitorang pun tak berpeluh, jadi, bolehlah melakukan kerja dengan aman dan harmoni. Takde la bila nak pergi ke cubicle lain, sengaja je lalu koridor sebab nak dapat angin luar. The truth, saya selalu buat masa posting kat HTAA dulu. Haha.


Ok2, dah2, kita cakap pasal lain pulak ok?? Tak boleh puji HOSHAS lebih-lebih, nanti dia riak, berdosa pulak saya. Haha. Cakap pasal wad yang saya posting la pulak eh? Erm sepanjang 3 minggu saya di sana ( minggu ke-2 kami terpaksa posting dalam lab), saya telah ditugaskan untuk berpraktikal di wad:

Minggu 1- Bunga Raya 1 (wad kelas pertama)
Minggu 3- Melor 1 (wad kanak-kanak/ pediatrik)
Minggu 4: Kenanga 11 (wad biasa/ medical)

Seronok sangat posting kat HOSHAS ni, ketua-ketua wad (sister), jururawat-jururawat (staffnurse), dan jururawat masyarakat (JM) semuanya baik-baik belaka. Walaupun agak bosan bekerja di wad kelas pertama iaitu Bunga Raya 1,biasalah first class mestila mahal, jadi, tak ramai la pesakit yang mampunya, bila tak ramai pesakit, tak ada la kerja sangat. Seterusnya ia mengakibatkan virus kebosanan yang amat!! Tapi saya suka kerja kat wad ni disebabkan teammates saya yang sangat best dan menunjukkan sifat kerjasama yang baik. Terima kasih tidak terhingga dan tahniah kepada mereka yang terlibat.






Inilah ahli kumpulan yang saya maksudkan. Dari kiri: Mija, Mekwa, Zuhair, Ezza, Kak Mufi, Kak Bibah. Zuhair, satu-satunya kumbang dalam wad ni. Hehe.




Mereka lagi.. minggu pertama je saya bekerja bersama mereka. Tukar kumpulan setiap minggu. Ini dalam lif, sempat aje kalau nk bergambar.=p



Ok lah, dah banyak saya bercerita dan merapu-rapu kat atas ni. Tangan pun da lenguh, lama tak tulis panjang- panjang macam ni. Haha. Padahal, update pun malas. Haha. Sekian dulu dari saya, Munie pila untuk entri kali ni. Bye!!





Appreciation to: Aiminatul Najwa Roslan, Shafareeza Amat Sharudin, Nur Habibah Ab. Aziz, Hamizah Rahim, Mufidatul Hazirah Othman, Siti Kasma Amira Abdullah, Nur Syuhada Sjarifuddin, Nur Nabilah Mohd Hanapi, Saidatul Farhah Sulaiman, Norazizah Jemaat, Hariza Muhammad, Maziah Abdul Ghani, Adriana Falisha Mustafa Kamal, Aishah Liyana Adam Shah, Mohd Zuhair Yusof, Muhammad Farhan Mahmud, Ku Muhd Atif Ku Aziz, Mohd Ridzuan Abdul Rahman, Muhammad Amirul Shahmir Rosari, matrons, sisters, staffnurses, community nurses, and those who has worked with and helped me a lot during last posting period.


I Miss...


HER.
Yes, I am truly missing her.
Her sweet laugh, her beautiful eyes, and her innocent cute face make me crying in my blanket every time I wanna sleep.
Oh Tuhan. Betapa saya merindui dia. Baru seminggu dia meninggalkan saya untuk bersama dengan ibu bapanya jauh nun di negeri Bumi Kenyalang. Saya sudah tidak mampu menanggung rindu ini, apatah lagi Ummi yang sedari lahir menjaganya. Berbeza sungguh rasa bila saya yang meninggalkannya di rumah menjadi seorang siswi di UIA Kuantan, dengan dia meninggalkan saya. Sebab, bila saya tinggalkan dia, ianya menjadi satu kepastian untuk saya kembali memeluk dan menciumnya lagi. Tapi sekarang? Adakah pasti dia masih akan kembali kepada pangkuan saya dan keluarga? Ape pun, saya mengharapkan yang positif dan yang terbaik untuknya.





She was only 3 months old at this time.




During Hari Raya Haji last year, she was 6 months old. Chubby kan?





She's beautiful, isn't she??




I want to fly Unie...





Yes, of course you can fly wherever you want to go, my dear. Same goes to me. If I have wings, at this second, I wanna fly to your place, to see and hug you, because I love you so much, more than I love myself. How have you been, honey? How have you been?? Sobs..=((



p/s: 'She', the subject above is refers to my beloved awesome niece, Tuan Asyifa Batrisyia binti Tuan Fakrulhadi a.k.a Kusya, 10 months.