Assalamualaikum.
Ini mungkin entri terakhir atau kedua terakhir (jika saya rajin) mengenai trip kami ke Kuching lebih 2 bulan lepas. Nampak sangat malas nak update. Haha. Destinasi terakhir kami pada hari ketiga ialah Muzium Sarawak. Buat pengetahuan semua, dalam kawasan Muzium Sarawak ini terdapat 4 jenis muzium iaitu Aquarium Bandaraya (Muzium Ikan), Muzium Etnologi, Muzium Seni, dan Muzium Sejarah Semulajadi.
|
Ok, sekarang kita berada di Muzium Sarawak. |
|
Akuarium Bandaraya. Muka Syu macam tak puas hati tak dapat masuk. Heeee... |
Selepas jam 5 petang, semua muzium ditutup kecuali Akuarium ni. Jadi, masa saya datang ke sini dengan keluarga beberapa tahun lepas, kami dah pernah masuk sini sebab tak boleh masuk muzium lain dah masa tu. Jadi tugas saya adalah 'menghasut' budak-budak ni supaya tak payah lah masuk sini sebab tak ada apa pun. Akuarium penuh ikan je, dekat Aquaria KLCC lagi best. Pastu ada buaya, mana-mana tempat pun ada buaya. Huh. Ada lah jugak yang tak sempat di'hasut' tu masuk, beberapa orang yang berjaya dikuasai pemikirannya, terus bergerak masuk ke Muzium Etnologi. ETNOLOGI... dengar nama pun dah tahu pasal etnik kan, so jom terjah!
|
Muka-muka berjaya dihasut. |
|
Rangka ikan paus putih. Bukan dinasour ye.. |
|
Super impressed dengan ketelitian orang buat replika rumah ni. Sekecil- kecil kalendar digantung kat dinding rumah pun, nampak real kot. |
|
Replika Rumah Cina. Nampak tak itik, anak-anak itik dengan sayur tanaman tu? |
|
Di satu sudut, ada memaparkan dokumentari mengenai etnik-etnik yang terdapat di Sarawak dalam dwibahasa. |
|
Ni kat depan Muzium Etnologi, kat belakang tu Muzium Seni dan Muzium Sejarah Semulajadi. Jom! |
|
Muzium yang paling menarik! |
|
Replika burung yang diperbuat daripada atap zink dan tin minuman. |
|
Gambar ni patut di'censored' kan lah. Tak perasan punnn -.-" |
|
Tingkat atas muzium. |
|
Tak buka pula lampu ni, kalau tak mesti lagi cantik kan? |
|
Tak paham apa pun... *sigh* |
|
Kak Mas je paham. Dia duk explain, saya sibuk bergambar. Haha |
|
Ini ada maksud tersirat dia. Kak Mas ada cerita, semua gambar berkaitan antara satu sama lain. |
|
Nak tiru tapi tak jadi dua-dua. Haha. |
|
Ong Ong Kedek Kedek. Ini pun ada kaaa??? |
|
Tak tahu macam mana nak rotate. Haish~ Rotate kepala sendiri lah. |
|
Dah nama seni kan. Tak tahu nak cakap seni apakah ini.. |
|
Next is muzium ni. Tapi, bad day jugak lah. Under maintenance pulak. |
Dengan itu, berakhirlah pengembaraan kami di Muzium Sarawak. Next, kami akan ke Muzium Islam di Dewan Tun Abdul Razak, di seberang jalan. Kami perlu menggunakan jejantas yang menghubungkan Muzium Sarawak dan Muzium Islam. Jejantas sangat unik ok, ada gambar kat bawah ni. Banyak jugak kami pose kat sini, tapi malu pulak nak letak banyak-banyak, bila teringat balik kali pose macam kami je wujud kat situ, padahal kereta duk lalu-lalang kat bawah. HAHAHAHA!
|
Dewan ni pun under maintenance. Pehal time-time kitorang datang ni lah, kan... |
|
So, terus pergi tingkat atas, ada Muzium Islam. Tingkat bawah tadi tak tahu ada apa sebab ditutup. |
|
Nampak macam buruk kan? padahal ukiran kayu.. |
|
Eh, eh Tuanku Abdul Rahman lagi kecikkk dari kitorang. Haha. |
|
Haha lagi sekali tak boleh rotate. Ni tempat arang-arang, tempat orang dulu-dulu memasak. |
|
Yang ni pulak tak tahu apa benda. |
|
Sekarang kami berada di Padang Merdeka Kuching. Ini gambar pokok tertua di sini. Memang nampak tua, memang nampak... |
Entri kali ni memang rasanya agak pendek, tapi nak buat macam mana, sekarang tak berapa nak rajin. Padahal duduk rumah je. Dasar pemalas! Haha. Ok, bye!
No comments:
Post a Comment