Do good. Always.

Do good. Always.

Friday, August 30, 2013

7. Muzium Sarawak & Muzium Islam


Assalamualaikum.

Ini mungkin entri terakhir atau kedua terakhir (jika saya rajin) mengenai trip kami ke Kuching lebih 2 bulan lepas. Nampak sangat malas nak update. Haha. Destinasi terakhir kami pada hari ketiga ialah Muzium Sarawak. Buat pengetahuan semua, dalam kawasan Muzium Sarawak ini terdapat 4 jenis muzium iaitu Aquarium Bandaraya (Muzium Ikan), Muzium Etnologi, Muzium Seni, dan Muzium Sejarah Semulajadi. 

Ok, sekarang kita berada di Muzium Sarawak.

Akuarium Bandaraya. Muka Syu macam tak puas hati tak dapat masuk.
Heeee...

Selepas jam 5 petang, semua muzium ditutup kecuali Akuarium ni. Jadi, masa saya datang ke sini dengan keluarga beberapa tahun lepas, kami dah pernah masuk sini sebab tak boleh masuk muzium lain dah masa tu. Jadi tugas saya adalah 'menghasut' budak-budak ni supaya tak payah lah masuk sini sebab tak ada apa pun. Akuarium penuh ikan je, dekat Aquaria KLCC lagi best. Pastu ada buaya, mana-mana tempat pun ada buaya. Huh. Ada lah jugak yang tak sempat di'hasut' tu masuk, beberapa orang yang berjaya dikuasai pemikirannya, terus bergerak masuk ke Muzium Etnologi. ETNOLOGI... dengar nama pun dah tahu pasal etnik kan, so jom terjah!

Muka-muka berjaya dihasut. 




Rangka ikan paus putih. Bukan dinasour ye..



Super impressed dengan ketelitian orang buat replika rumah ni. Sekecil-
kecil kalendar digantung kat dinding rumah pun, nampak real kot.

Replika Rumah Cina. Nampak tak itik, anak-anak itik dengan sayur tanaman
tu? 

Di satu sudut, ada memaparkan dokumentari mengenai etnik-etnik yang
terdapat di Sarawak dalam dwibahasa.

Ni kat depan Muzium Etnologi, kat belakang tu Muzium Seni dan Muzium
Sejarah Semulajadi. Jom!

Muzium yang paling menarik!

Replika burung yang diperbuat daripada atap zink dan tin minuman.


Gambar ni patut di'censored' kan lah. Tak perasan punnn -.-"

Tingkat atas muzium.


Tak buka pula lampu ni, kalau tak mesti lagi cantik kan?


Tak paham apa pun... *sigh*

Kak Mas je paham. Dia duk explain, saya sibuk bergambar. Haha

Ini ada maksud tersirat dia. Kak Mas ada cerita, semua gambar berkaitan
antara satu sama lain.


Nak tiru tapi tak jadi dua-dua. Haha.

Ong Ong Kedek Kedek. Ini pun ada kaaa???




Tak tahu macam mana nak rotate. Haish~ Rotate kepala sendiri lah.

Dah nama seni kan. Tak tahu nak cakap seni apakah ini..

Next is muzium ni. Tapi, bad day jugak lah. Under maintenance pulak.


Dengan itu, berakhirlah pengembaraan kami di Muzium Sarawak. Next, kami akan ke Muzium Islam di Dewan Tun Abdul Razak, di seberang jalan. Kami perlu menggunakan jejantas yang menghubungkan Muzium Sarawak dan Muzium Islam. Jejantas sangat unik ok, ada gambar kat bawah ni. Banyak jugak kami pose kat sini, tapi malu pulak nak letak banyak-banyak, bila teringat balik kali pose macam kami je wujud kat situ, padahal kereta duk lalu-lalang kat bawah. HAHAHAHA!


Dewan ni pun under maintenance. Pehal time-time kitorang datang ni lah,
kan...


So, terus pergi tingkat atas, ada Muzium Islam. Tingkat bawah tadi tak tahu ada apa sebab ditutup.


Nampak macam buruk kan? padahal ukiran kayu..

Eh, eh Tuanku Abdul Rahman lagi kecikkk dari kitorang. Haha.

Haha lagi sekali tak boleh rotate. Ni tempat arang-arang, tempat orang
dulu-dulu memasak.

Yang ni pulak tak tahu apa benda.

Sekarang kami berada di Padang Merdeka Kuching. Ini gambar pokok tertua
di sini. Memang nampak tua, memang nampak...


Entri kali ni memang rasanya agak pendek, tapi nak buat macam mana, sekarang tak berapa nak rajin. Padahal duduk rumah je. Dasar pemalas! Haha. Ok, bye!

Tuesday, August 20, 2013

6. Jong's Crocodile Farm


Assalamualaikum.

Aish, nak update blog pun nak kena ada mood kan? -Erm tak jugak, macam sekarang ni saya takde mood pun, tapi sebab kebosanan jaga kedai tambah internet laju pulak tu, apa salahnya kalau nak tulis entri baru. Hikhikhik *gelak sikit kasi ada mood*. Okay, untuk kali ni saya akan bercerita panjang lebar tentang sebuah tempat yang menempatkan salah satu spesis binatang yang paaaalinggg mahsyur di Sarawak. Tak lain, tak bukan...... B.U.A.Y.A!!! Eh, ada ke orang tak boleh dengar perkataan buaya eh? Mana lah tau, saya ada seorang kawan dan sepupu yang tak boleh dengar perkataan 'ULAR'. Buaya ada ke? Takde kot, jadi dengan suka hati nya saya menulis tentang buaya dengan penuh gaya! Entah pape (-.-').


Ha, kat Sarawak ni, semua sungai termasuklah Waterfront tu ha, semua tak selamat untuk bermandi-manda tahu. Semua ada potensi 'membela' buaya di dalam nya, dan barangsiapa yang berani-berani mandi-manda di situ, kemungkinan untuk di'ngap' itu adalah tinggi ye. Bagai menempa ke menempah maut namanya. Tak best langsung, orang nak gi sungai boleh mandi-mandi cari udang celah-celah batu ke, main sape paling lama menyelam ke, ni tak, pergi sungai merenung nasib kat tepi je. Duduk kat tepi pun, jangan tepi sangat pulak, duduk lah dalam 20 meter ke kan, buaya boleh ngintai tau kita ada kat tepi tu. Tak takut ke? Haish, apa saya melalut ni, dah jauh sangat lari topik nampak. Huh.




Ha, saya dan kawan-kawan pergi tempat ni lah... Jong's Crocodile Farm & Zoo! Since 1963... err 6 tahun  selepas Merdeka kan, and tahun pembukaan Negara Malaysia. Eh, eh sama lah pulak. Hehe.  Kau dah kenape Munie?? Tu pun nak pelik. Puihhh~~ Ok, kalau nak masuk sini, bayar RM 16 untuk dewasa dan RM 5 sahaja untuk kanak-kanak. Dan lagi sekali diingatkan kad pelajar atau kad siswa tidak akan berjasa untuk anda di sini. Muahaha. 

Pastu, dapat lah stiker macam ni sorang satu.


Ni kat depan pintu masuk. Olololo.. comey nya anak buaya tu..




Siapakah *siapakah? ah lantak lah* buaya yang paling terkenal di Malaysia? Ha, kalau sapa tak tahu, tak tahu lah den nak cakap apa lagi ha.. Famous kot 'dia' ni. Tak lain tak bukan... Encik Bujang Senang!!!! Bagi tepukan sikit..oii tak payah, dah mati lama dah sedara kita tu kena bunuh. Kena bunuh lah, dah 'dia' pun pembunuh, boleh 'dia' telan budak umur 9 tahun (kalau tak silap) satu badan tu masuk habis dalam perut. Masa 'dia' dibunuh tu, dibelah perut, elok-elok je mayat budak tu dalam tu. Ada gambar-gambar dipaparkan kat sini tapi kitorang dilarang ambil gambar, jadi maaflah ye, takde gambar budak tu dan saat-saat Encik Bujang Senang dibunuh. Oh ya, nak tahu besar mana Encik Bujang Senang kita ni? Panjangnya dah 19 kaki 3 inci. Besar kan? Tinggi manusia dewasa normal pun baru 5, 6 kaki.. dan rangka di atas itu ialah rangka sebenar Encik Bujang Senang. Kalau dah kepala besar tu..........huh!

Ni bergambar kat tempat pameran. Mula-mula masuk dalam tempat ni,
masuk sini dulu. Tak boleh bergambar di sini, ni kitorang buat otai. Haha.


Macam seram jugak lah kan tengok gambar-gambar mangsa terkaman reptilia ni. Meremang jugak bulu roma gue. Pukul 11.30 pagi dan 2.30 petang kalau tak silap, adalah masa pertunjukan crocodile jumping. Macam dekat Kampung Budaya jugak, loceng akan berbunyi beberapa minit sebelum pertunjukan untuk mengingatkan para pengunjung segera bergerak ke tempat yang berkenaan. On the way nak ke tempat pertunjukan tu, macam-macam ada, ada sangkar anak-anak buaya dari newborn, infant, toddler, preschooler, school children, sampailah teenager, semua ada! Tapi, oleh sebab saya tak berminat dengan anak-anak yang belum matang dan ganas, tiada gambar 'mereka' diselitkan. Hahaha. Selain sangkar buaya, sangkar binatang lain pun ada jugak, tujuannya untuk cuci mata semata-mata je kot.

Laluan macam gua. Unik je.

Ha, siap ada buai engkau...


Yang ni buat saya gugur jantung je. Tak perasan pulak ada lubang kat situ.
Hampir-hampir kamera dikebas, nasib baik sempat tarik.

Bapak buaya pertama dijumpai dalam sangkar. Nama dia Bujang Sudin.
Besar gila!


Time for crocodile jumping, oyeahhh!!! Crocodile jumping ni sama lah macam feeding kat Pusat Orang Utan Semenggoh tu ha, maso make sek dio... haha. Kami duduk di bangku-bangku disediakan dipagari pagar dan agak jauh dari kolam pertunjukan tu, mungkin sebab percikan air kolam yang berperisa lumpur+ tahi dan air kencing buaya yang kuat kot. Hihi. Nanti akan ada satu tali yang menggantung daging lembu, daannn... buaya-buaya yang dilatih menjadi penghibur kami tu perlu melompat lah untuk dapatkan habuan mereka tu. Kalau tak, kebulurlah mereka semua errr.... sepatutnya... tapi................
Tapi............................


Sambung nanti lah tapi tu............ jom kita layan crocodile jumping ni!

Aim... aim...

Weyh, weyh aku punya ah...nyah kau dari sini!

Yezza!!! Dapat jugak kat aku akhirnya!! Eleh merajuk ar tuuuu...

Burrppp...okay, dah kenyang! Aku blah dulu weyh kawan-kawan. Bye-bye!


Lagi sekali...

Aku kena aim tinggi sikit kali ni, ada dah datang nak compete ngan aku ni.

Weyh, lembu! Masuklah mulut aku, dah lenguh dah ni nganga!!

Akhirnya... alhamdulillah. Terima kasih, lembu! Rezeki aku kali ni.

Alamak! Sangkut lah pulak dah kenape???!!

Adehh.. terlepas lah pulak. Kenape, kenape terjadi padaku??? *redha*


Kahkahkah. Kelakar jugak tengok buaya-buaya ni struggle nak dapatkan makanan tu. Kena lompat-lompat siap. Kau tau tak, buaya, kau tu jadi bahan tontonan manusia je, takde orang pun nak tengok kau kalau kau tak lompat-lompat macam tu, semua manusia takut dengan kau tau tak. Tapi geli hati jugak aku tengok kau diperlakukan macam tu, hari-hari pulak tu. Hahahahahahaha *gelak paling jahat manusia pernah buat*. Eh, jahat pulak rasa cakap macam tu. Sorry ea buaya, sorry.. sorry kita kawan kan, kan, kannn?? Banyak gaya buaya-buaya ni buat gaya lompat.. tengok ni:

Ek eleh, ni usaha tak seberapa ni, tak lompat pun.

Amboi kau.. dah nampak macam Piya tanduk bola masuk gol dah ha.

Ha, yang ni pulak nampak macam kapal angkasawan nak berlepas.

Rasa macam buaya ni betina lah. Sopan je lompat. Hihi.

Alooo... comey sangat ni kaki dia macam baby dah tengok.

Ha, tu dia!

Macam burung engkau!


Ha, sambung balik 'tapi' tadi. Tapiii....... tak semua buaya memilih untuk berusaha melompat untuk mendapatkan makanan itu. Tak semua memilih jalan yang berliku itu tatkala jalan pintas dan lurus ada disitu. Dah namanya hari-hari buat show yang sama, mesti taktik sempurna dah dirancang oleh mereka. Ceh, dah macam buat plan nak mencuri macam dalam cerita Ocean je. Hehe. Dek kerana sudah mengetahui bahawa penjaga buaya akan bagi makanan itu untuk semua pada akhirnya, membuatkan ada yang awal-awal lagi dah give up nak buat show. Amboii kau... 

Macam dia ni, awal-awal dah naik tebing ternganga dekat pondok penjaga
'mereka' itu. 'Dia' ni kelakar, nak naik tebing tu macam susah gila sebab berat
perut, kesian pulak tengok. Eh, kelakar ke kesian?? Haha.

Ha, tengok... kan makin banyak pulak ikut jejak langkah.


Lol.


Then, lepas feeding buaya-buaya yang entah pape tu, kami dipanggil untuk ke kolam ikan pula. Ikan-ikan kat sini, like., biaaaasa je saya tengok. Apa entah yang orang lain berminat sangat tu.


Ha, nampak tak ikan-ikan biasa je...




Balik je rumah tempoh hari, Umi bertanya, "Hari tu pergi Jong's Crocodile tengok tak ikan besar ayah??". Saya like, what??? kenapa tak cakap awal-awal .. oh my.. kalau tak mesti saya tengok dengan lebih teliti dalam kolam tu. Patutlah semua orang duk terjenguk-jenguk penuh minat dalam kolam tu. Haish. Eh, ayah besar sangat ke???


Manusia yang mempunyai kecacatan atau kurang upaya dipanggil OKU (orang kelainan upaya). Buaya pun ada jugak, dipanggil BKU (buaya kurang upaya). Nama ni kitorang yang panggil, term sebenar bagi kat 'diorang' yang kurang upaya ni oleh Kementerian Kesihatan Malaysia tak tahu lah. Haha. Ok, jom terjah!

1. Kudung ekor.


2. Kudung tangan kaki.

3. Buta

4. Sumbing

5. Down Syndrome (sebab mata dia kat atas/posisi lain, tak tahu nak
namakan apa dah, haha)

Ni saja nak tunjuk, toilet kat sini cantik kan?

12 of us!


Bye dulu! :)