Do good. Always.

Do good. Always.

Saturday, March 16, 2013

My card holder.


Assalamualaikum.


Wahh, dah nak dekat sebulan tak update blog ni. Kesian dia, hehe. Ini semua gara-gara asal hujung minggu je aku ada camping la, induction course la, dan macam-macam lagi. Sangat mengganggu masa tidur gue. Haha. Ok, pasal hujung mingguku yang dipenuhi dengan perkara-perkara berfaedah selain tidur, akan ku update dalam masa terdekat nanti. Dekat ke? Hahaha.


Sejak semenjak dua menjak ni, aku ada 1 masalah lah. Kesian betol aku tengok purse Barcelona pemberian adik bongsu sempena hari jadi yang ke 21 dua tahun lepas. Dah lusuh, ditambah pulak dah jadi gemuk gedempol, tebal *bukan sebab banyak duit ye* angkara aku sumbat semua kad-kad yang ada *walaupun tak banyak mana* di dalamnya. Pastu tak boleh tutup. Pastu segan nak bawak pergi makan, sebab besar sangat.


Tiba-tiba.............. *akan disambung selepas gambar di bawah*



Ni lah antara kad-kad kepunyaanku. Tak banyak sangat pun, gara-gara
beberapa tahun lepas, purse ku tercicir di Times Square, lantas, semua
kad bank hilang dalam sekelip mata. Sobs~


*sambung balik* Tiba-tiba, otak ku memainkan peranannya. Otakku ligat berfikir pelbagai solutions yang mungkin bisa menyelesaikan permasalahanku sekaligus meringankan beban yang ku galas selama ini *kau over kan Munie*. Ya! Suatu ketika dulu, Encik HP ada menghadiahi aku sebuah card holder! Dengan berbekalkan kudrat yang ada, aku gigih menyelongkar bilikku, yang terkenal kerana terlalu banyak barang ibarat bilikku di rumah. Yeay! Berkat kesabaran dan doa yang tidak putus-putus, usahaku berhasil!!


Aku jumpa................................................................

DIA NI!!!!!!!!!!!!

Ni lah card holder pemberian Encik HP, suatu ketika dahulu. Thank
you, awak (^_^)

Kini segalanya mungkin! Saya sudah mempunyai sebuah card holder
yang comel untuk menempatkan semua kad yang ada. Hehe..



Special thanks to: Encik HP!

No comments:

Post a Comment