Assalamualaikum.
Part 2, means the sequel to the Part 1 in the previous entry. Hari kedua la kiranya masa my auntie datang Kuantan tempoh hari.hehe. Huh, malas pulak nak tulis panjang-panjang dek kerana ramai pulak yang tegur I kat FB ni. Tak layan kan, kata sombong pulak *ceh, bajet artis..teehee*. Jadinya di sini kok, aku biarin aja gambar-gambarnya berbicara ok?
Here we go.... Seawal jam 8.30 pagi, kami sudah bertolak untuk ke sini, sebab tempat ni hanya dibuka pada pukul 9.30 pagi sehingga 6 petang sahaja.
BUKIT GAMBANG WATERPARK!!
|
The handband. Jangan main-main, ada duit tau dalam ni.hehe. |
|
Masa ni, segan lagi nak masuk air. Tengok-tengok je dulu... |
|
Kat belakang tu, 'Journey of ice'. Macam dalam gua bersalji la, siap ada kabus lagi kononnya, tapi tak sejuk pun.Hahaha. |
|
Tak mandi lagi ni... |
|
Tak mandi lagiiii??? |
|
Masih tak mandi??? |
|
Yeay! Dah selamat mandi...hehe |
|
Here we go.......... |
|
Pelampung yang disewa menggunakan duit yang 'tersimpan' dalam handband tadi. |
|
Ni dekat COCO BEACH. Unluckily, hari kami datang tu, ombak is under maintenance. Jadi, takde ombak nak tolak kami, kayuh dengan kaki je lah. Hahaha! |
|
Oit! Korang tunggu apa tu? Dahla kat KIDS pool. |
|
Apalah yang diorang tengok-tengok atas tu... |
|
Aik? Makin ramai pulak DEWASA yang join... |
|
Apakahh??? |
|
Yeah! That's it! Rupa-rupanya mereka semua tunggu ikan piranha kat atas tu mencurahkan 'muntah' yang sekian lama dikumpulkan dalam mulutnya. |
|
Bergegar kepala otak aku oiii.. Sampai.... ada salah seorang daripada kami tercabut tudung kot. Betapa kuatnya dendam sang piranha. Kelakar lah. Kids pool tapi orang tua yang excited main sini. |
|
Masa kami laaaaagi banyak dihabiskan di kids pool. Alahaiii.. |
|
See???? |
|
Aii, ini kalau bapak mertua aku yang tengok... CANCEL terus kahwin anak dia.Hahaha. |
|
Kenangan sebelum balik. Apesal mukaku dah macam makcik mengandung anak ke-5 je ni?? Hahaha. Credit to Ainsya sebab sudi menaja selendang. |
Kenangan yang sangat besttt!!! Walaupun aku dah lama berada di bumi Kuantan ni, inilah kali pertama menjejakkan kaki ke sini. Agak-agak, kalau makcik kecik tak datang, aku pergi tak sini? Hahaha. Family yang lain, dah muak datang sini, mereka tinggalkan aku keseorangan di UIA. Hahaha. Terima kasih to Auntie Farah (^_^)
Ok, next agenda is menonton perlawanan bola di antara The Red Warriors dan Pahang di Stadium Makmur, Kuantan. Sesampainya kami di UIA sekitar 4.30 petang, kami bergegas bersiap mandi bagai, sebab kata abang long, kata nya lah, beliau dan abang chik dah nak bertolak menjemput kami dari Pekan. Dah kata, katanya lah.... last-last datang pukul 6 jugak. Jenuh tunggu dengan laparnya kat dalam surau berbaju The Red Warriors.Haha. Ya Allah, adakah sebab perlawanan bola, Kuantan jem teruk?? Abang long yang sudah tidak tahan lagi, memutuskan untuk berjalan kaki sahaja. Setelah memilih untuk parking kereta di hadapan kubur Islam, bebanding kubur Kristian dan Sikhism yang terletak bersebelahan *ya! Memang pilihan yang tepat!*, kami berlima meneruskan perjalanan ke stadium dengan berjalan kaki. Could you imagine how we walk through hundreds of cars there? Malu weyh.. Tapi ramai gak yang buka cermin kereta, pastu cakap,
"Gomo Kelate Gomo"
"Semangat Sek Kito tuuu"
and macam-macam lagi lah. Hahaha. Tapi abang-abangku je yang membalas, kami hanya menunduk malu.Hahaha.
|
Setelah tiba di hadapan stadium. Walau lapar, kami tetap mampu tersenyum :) |
|
Berhenti makan sebentar di Satay Zul. |
|
Kami agak kelewatan gara-gara shopping mall terputus bekalan air. Kami terpaksa turun naik lif untuk mencari bekalan air untuk berwuduk. |
|
Oh, rupa-rupanay, mamat pakai baju oren sebelah kami ni junior aku! |
|
Ketika perlawanan belum dimulakan. |
|
Oh, dah seri!!!!! |
|
2 sama dah.... |
Perlawanan itu berakhir dengan kesudahan seri 2-2. Kami agak sedikit kecewa. Tapi, melihat penonton yang sesak menyaksikan perlawanan, sedikit terubat dengan semangat mereka.
Terima kasih daun keladi kepada: Nur Ainsyafinaz Shamsuddin, Tuan Farhanie Tuan Sulaiman, Tuan Yusnizi Tuan Sukri dan Tuan Mohd Hafizuddin Tuan Sukri kerana melukis satu lagi kenangan untuk disimpan sebagai memori :)