Do good. Always.

Do good. Always.

Thursday, June 7, 2012

Cerita Zaman Muda: 6 Serangkai- Part I

Cerita zaman muda?? Hahahak, macam dah tua lah pulak rasa sekarang nih. Tak pernah kan sebelum ni saya bercerita pasal zaman muda saya, ouch.. I mean zaman sekolah dulu lerrr. Untuk yang pertama ni biarlah cerita pasal kawan-kawan sehidup semati la. Mereka dinamakan… 6 SERANGKAI.. 6 Serangkai mestilah ada 6 orang iaitu: 



1. Iqa si gigi besi..

2. Mamai si gigi besi-to-be sejak Form 4 tapi sampai
sekarang takde ponnnn.haha.


3. Mira a.k.a Ajeng, my bini no.3

4. Liza, my gundik.







5. Me, myself and I. Malu nak letak gambar sendiri katanye.










Upload image failed!
6. Jadi jangan tanya mana pergi sorang lagi.






Banyak sangat kenangan dengan mereka ini masa kat sekolah. Iqa si gigi besi dan Mamai tu memang kawan sejak dari Form 1, kat Transkrian yakni sebelum kitorang pindah ke MRSM Kuala Krai lagi. Dapat pindah, tiga-tiga dapat tempat yang sama. Betapa bahagia nya masa tu. Yela, kurang sikit homesick bila ada kawan kan, biar la rumah 5 minit je pun dari sekolah tu.haha. pastu dapat masuk U, Mamai dah terpisah, tapi jodohku dengan Iqa, si gigi besi masih kuat. Dia ikut saya masuk UIA PJ tu*apsal ko perasan sangat dia ikut ko* hehe.


Manakala Liza, Ajeng dan Mira tu kenal masa Form 4 kat MRSM KK tu la. Kami sekelas. Liza dan Ajeng budak Akaun, budak kekal dalam kelas tu, kelas yang sangat ….. arrghhhh… *tak boleh cakap nanti kawan baik saya marah kalau dia baca*. Saya, Mira, Iqa si gigi besi, Mamai, dan sorang lagi Azie nama diberi je 5 orang budak Biologi. So, masa subjek Prinsip Perakaunan, kitorang ber-5 secara automatik nya akan dihalau keluar ke makmal untuk belajar subjek Biologi bersama cikgu tersayang yang kini bergelar Datin, Cikgu Rohana. Satu kelas  5 orang students je babe, heaven giler. Cikgu suka tak nak masuk mengajar, suruh buat kerja sendiri, pastu kitorang pun apa lagi, pujuk pembantu makmal yang akhirnya jadi mak angkat kitorang, Che Su untuk tengok movie. Kalau ngantuk, tidur dalam makmal. Kadang-kadang beli makanan kat cafĂ©, pastu buat jamuan kat lab, macam open house rumah sendiri, sebab tu dikatakan heaven! Heaven, kan?? Orang lain mana dilayan macam tu, kitorang ber-5 je special. Ko ado??? hahahahahaha*gelak panjang sikit biar orang tahu diriku sangat bahagia*.


Tapi waktu-waktu bahagiaku hanyalah di dalam makmal waktu subjek Biology. Stop. *tak leh cerita kenangan pahit sebab blog ni hanyalah untuk cerita kisah-kisah bahagia/ gembira/ riang/sama waktu dengannya tapi bukan kisah hati*.



Ni la mama angkat kitorang, Che Su. Masa ni
celebrate birthday beliau. 

Kek ni surprise la kononnya masa reunion '11 kitorang.

Ajeng, Iqa, Mamai. Lagi 2 hari birthday Ajeng,
lagi 4 hari birthday Mamai.

Liza dan Che Su. Reunion '10.


 Teringat masa Form 4 tu, ada minggu aktiviti pastu memang seminggu tu kitorang beraktiviti lah. Tak belajar langsung. Ada satu malam tu, kitorang berkumpul satu kelas untuk bincang tentang performances, competitions sume *saat-saat yang paling dibenci adalah berkumpul satu kelas. Ok stop lagi sekali, tak nak cerita ape-ape*. Pastu dorang ni suka buli kitorang budak baru a.k.a budak Biology ni untuk buat performances. Macam saya dipaksa berlakon jadi Mathilda dalam short stories ‘The Necklace’ tu apsal? Sedangkan kawan-kawan yang lain sume dapat watak tambahan je. Tak aci, tak aci, tak aci, tapi cakap dalam hati je, sebab dulu saya seorang pendiam. Eh, macamlah sekarang tak.haha. Tapi nasibku baik, sebab ada sorang budak pompuan kelas tu, rasa tergugat dengan kehadiran students baru macam kitorang, menawarkan diri nak ambil watak tu. Fuhhh, legaaa. Tapi muka mereka yang tak lega sebab tak dapat buli saya. Hahaha.


Jadi, sebab takde watak, saya kena lah jadi dancer yang masa Mathilda pergi ballroom dengan laki dia tu. Kalau ingat lagi la cerita ‘The Necklace’ dalam Selected Poems and The Short Stories masa Form 4 dulu. Alaaaa, sume orang belajar kot. Agak malu sebab masa rehearsal tetibe pulak budak-budak laki rajin turun la kan, jadi terpaksa la tebalkan muka menari depan diorang. Partner saya, bukanlah lelaki, sebab saya sendiri berlakon jadi penari lelaki, partner saya Iqa si gigi besi!. Malu tapi pengalaman yang sangat seronok sebab kali ni kami diberi peluang reka sendiri tarian tu, guna lagu sendiri dan bukan lagi dibuli!
Huh, penat cerita pasal ni. Tu baru beberapa moments bersama 6 Serangkai. Akan bersambung nanti…



Miss all of you guys! Owh, liza takde dalam gambar.
Tak sampai hati nak suruh Che Su ambilkan gambar. Hehe.
So, kami takkan cukup 6. =.='



Special Appreciation: Nik Nur Afiqah Nik Alwi, Amalina Mohd Fauzi, Amira Ashri Aminuddin, Noor Azliza Arias, Noor Amira Nordin, & Puan Sunainah.

No comments:

Post a Comment