Do good. Always.

Do good. Always.

Wednesday, May 28, 2014

With the girlfriends...


Assalamualaikum.

AMARAN! Entri ini sangat panjang. Sila pastikan anda benar-benar dalam keadaan bosan tahap tak tahu nak buat apa-apa yang berfaedah, baru boleh baca. Haha, ni sebab kes lama tak update blog lah ni. Nak siapkan tesis punya pasal lah ni, siang berjaga malam pun berjaga. Opss, adakah aku riak ingin mengatakan yang aku sebenarnya rajin?? Oh, tidak. Jangan percaya kerana sesungguhnya tidur itu lagi penting daripada menyiapkan tesis. Dan sesungguhnya aku lebih rela mengorbankan masa menyiapkan tesis untuk keluar dengan kawan-kawan. Kekekekeke. Teruk kan? Korang pun... jangan lah ajak. Ni aku tengah ada mood nak key in data, nak analyze tu lah, korang mesej ajak keluar,

"Munie, jom keluar makan reramai nak?"

"Munie, bila nak keluar ni. Awak dah nak grad pun kita tak pernah keluar sama-sama lagi. Jom arrrr..."


Korang tahu tak aku tak reti nak tolak??? Haha.


Walau apa pun, aku bahagia ada kengkawan macam ni. Kalau perasan, daripada gambar-gambar di bawah ni, memang terserlah sinar kebahagiaan di wajahku. Cehhh~~ Sekarang pukul 2.30 pagi. Aku ada cukup masa untuk menulis entri ini sementara menunggu pukul 4.30 pagi, sebab kitorang nak pergi daki Bukit Panorama. Yuhuuu! Of course dengan bebudak perempuan comelllsss Septimus lah. Haha. By the way, untuk makluman entri ini merangkumi cerita-cerita yang berlaku sebelum aku mula posting lagi saaaaampailah cerita semalam.


Cerita 1. Reunion bersama ex-roommates masa kat CFS ini memang sudah lama dirancang dan dinanti. Tetapi terlalu banyak aral melintang membuatkan last few months sebelum aku grad ni lah baru boleh jumpa. Antara aral yang melintang ialah kami semua belajar dalam kos dan tahun yang berbeza, jadi of course lah masa free masing-masing pun lain lah. Masa yang si A free, yang si B ni busy on-call. Masa yang si C baru naik semester baru, si D pulak baru naik cuti -.-" . Masa malam yang kitorang berjaya keluar makan ni pun, tetiba aku ada meeting, Makcik Mariah ada usrah, Qistina ada discussion dan Khai ada masa (maksudnya dia soranglah yang free haha). Tapi kitorang semua sepakat nak pergi lambat sikit ke urusan masing-masing sebab susah dah kot nak jumpaa... Janji pukul 9 nak blah, tapi last-last nak dekat pukul 10 baru gerak. Haha, bertuah...

Nampak tak apa tulis kat dinding belakang aku?
NO! WE DO NOT HAVE WiFi. TALK TO EACH OTHER LA GENG.
Aku sokong! Heee...


Cerita 2. Ini lah malam yang budak perempuan Septimus keluar reramai makan kat Ana Ikan Bakar tu. Tak adalah ramai sangat tapi half of the girls jugak kot. Bila lagi nak keluar dengan diorang ni kan, lepas dah grad nanti entah jumpa entah tak. Mesti masing-masing bawa haluan sendiri. Kerja jadi nurse, buat bisnes, or jadi suri rumah. Sedih lah pulak rasa, haha emotional jap. Tapi kalau aku, aku pilih option yang last tuuu.......hahaha.

Tradisional sangat duduk bersimpuh semuanya.

Jijah dengan Faridah cakap dah macam Queen layan King. Untunglah King
mampu minum air kosong je. Haha.

Amboiii...korang punya kerja lah ni membuatkan kurang sikit bebanan
makcik cuci pinggan. Haha.


Cerita 3. Here we go! Posting period again. Kali ni kitorang semua posting kat Hospital Pekan dan PPUKM. Kalau aku, aku kurang menggemari posting ni, walaupun aku sedar yang nanti aku kerja nurse jugak. Haha. Jadi hari pertama, dengan tidak bersemangatnya aku bangun ke hospital. Selalunya hari pertama orientasi sahaja, dengar talk pastu buat tour keliling hospital. So, macam semangat tu ada lah sikit. Habis tour, kitorang mengharapkan sister bagi balik homestay. Sekali sister suruh masuk wad dulu sampai pukul 1 baru boleh balik. Hancur musnah harapan dan semangat aku. Haha tapi lepas tu balik tidur jugak, bukan sambung buat tesis pun -.-".

Aiii Ija, Ija jangan beriya sangat sengih tu eh...haha.

Haha, nostalgic sangat bergayut ngan pakwe pakai
public phone. Heeee....


Ada satu malam tu, kitorang sambut birthday Fatin. Budak-budak homestay sebelah buat kek batik super sedap. Kitorang dah risau dah sebab Fatin tidur awal malam tu, gara-gara keesokan harinya beliau kerja syif pagi. Nasib baik kejut, paksa bangun, dia ikut je. Kihkih. Ada satu malam lagi kitorang buat mega BBQ. Memang best gila, banyak sangat makanan sampai tak habis makan, pastu tapau bawak makan kat hospital keesokkan harinya tu. Jangan membazir okay. Oh mana gambar, mana gambar? Maaf takde, aku pun tak jumpa gambar tu aku simpan dalam folder yang mana. Banyak sangat folder nya ditambah pulak aku dah nyanyuk kan, memang lah tak jumpa haha.


Cerita 4. Aku keluar dengan Amy, kawan sekolah Tranx dulu. Plan yang tak dirancang. Asalnya, kitorang berdua nak ke utara, nak attend kawan punya wedding, tapi last-last terpaksa cancel sebab situasi tak mengizinkan. Maka nya, Amy bawak kawan dia swimming kat swimming pool UIA, aku lah yang bertanggungjawab atas pendatang tanpa izin ni. Haha. Tengah-tengah syok swimming tu lah, tertanya pulak Kak Nurul (kawan Amy) sekolah lama dia. MRSM Terendak. Ceh, senior Jijah rupanya. Maka nya lagi, keesokan harinya aku bawak lah jugak Jijah keluar jalan-jalan untuk mengeratkan silaturrahim junior-senior ni. Tak berhenti pulak budak berdua ni bersembang dalam kereta ye. Aku dengan Amy pulak yang terdiam tak tahu nak interrupt apa pasal rumah tangga Terendak diorang tu. Hehe.





Cerita 5. Aku dan kawan-kawan posting ke PPUKM pula selama 2 minggu. Sudah semestinya bila turun KL ni, plan nak jumpa kawan tak pernah putus sampai ada yang tak sempat nak jumpa. Minta maaf korang :'(. Sempat keluar dengan Ajeng dan Iqa. Terharu Ajeng datang jauh dari Shah Alam jemput aku dengan Iqa pergi Festival City tengok Amazing Spiderman yang hampir buat aku tertidur dalam panggung. Tapi yang pasti, sebelum tu kalut aku balik dari PPUKM dengan public transport sebab Ajeng dah nak sampai UIA. Pastu Ajeng belanja makan, part yang paling aku suka heee. Weekend aku dipaksa balik rumah makcik aku sebab nak celebrate birthday dia lah kononnya. BFF aku pulak nak jumpa, so, apa lagi aku ajak je sekali ke rumah makcik aku, senanggg.

Ajeng, aku, Iqa. My best buddies!

Haha, peminat fanatik tuuu... over lah awak! :p

See, sepupu aku semua kecil-kecil lagi kot. 

Ika dan Yusuf Suffian, BFF sejak sekolah rendah.

Malam pukul 12 keluar lepak kat playground sambil makan makanan yang
tak berkhasiat langsung.


Esok nya, sebab dah takde masa nak jumpa, aku gabungkan kawan-kawan pastu meletup. Haha, lega diorang boleh layan each other macam kawan-kawan sendiri. Sampai aku pulak rasa tersisih bila diorang tak layan aku hahaha.

Yeahh, orang belanja lagi.

See sapa yang menang??? Walaupun tak banyak pin jatuh yang penting
I'm the CHAMPION! Riak, riak...haha

Beli kasut sama dengan Liza. Hihi gedikkk...

Tiada dalam gambar: Yusuf Suffian, Syifa.

Sempat jumpa roomate CFS, Nuyu kat cafe.
Comel lah awak sekarang.


Cerita 6. Posting habis bermaksud final presentation menungguuuuu..... Cuak pada mulanya, tapi bila kat depan tengah present rasa biasa je pula. Mungkin sebab examiners yang baik sangat dan dapat groupmates yang besttt, perempuan semuanya huhu. Tapi lepas present, mak aiii legaaaaa yang amat! Walaupun masih kena proceed dengan thesis writing. Masa nak balik, uuuuu sedihnya, kereta tak boleh start pulak. Tula orang cakap, jangan gembira sangat, nanti mesti sedih. Macam masa malam kereta aku kena langgar tu, mungkin sebab gembira sangat sambut birthday sebelum tu. Tapi bersyukur jugak lah pagi tu kereta okay, nasib baik masa nak balik dia buat hal. Nasib baik jugak masa tu ada classmates lelaki tolong tolak kereta sampai hidup. Huhu.

My groupmates. Oh tidak, Ainsya awak lagi tinggiii, tak aci pakai heels!

Paaoooo kenapeewww tarik telinga sendiri...


Cerita 7. Malam sama hari yang present tu, batch kitorang adakan dinner kat hotel. Aku dah pesan awal-awal kat teman rapat, pakai lawa-lawa eh, kita ada nak buat something after dinner. Pakai cantik bukan sebab nak jumpa classmates pun, tak ada makna nya sebab 4 tahun tengok muka sama je, pakai lawa mana pun dah tahu masing-masing macam mana. Haha.  Makan steamboat tapi aku makan aiskrim je banyak pastu dah kenyang. Hehe.


Family portrait.




Cerita 8 dan ngelastttt....Semalam punya cerita. Aku dan teman-teman rapat keluar makan satayyy Zul yang sedap dan sihat sebab takde lemak langsung, puas aku cari. Almaklumlah diri ini amat menggemari  makanan-makanan yang menjejaskan kesihatan ni. Nama je nurse kaan..haha.

Tak payah nak mengantuk sangat lah mata tu Jirjass...haha

Banyak makan Munie...padahal orang lain punya.

Faridah belajar selfie, tapi sayangnya muka Jijah masuk separuh je.

I really love this pic....!!!



 Actually, we are in the middle of 'something'. Menjelajah ke seluruh bangunan UIA untuk mencari ilham, walaupun belum semua sempat diterokai. Tak sabar rasanya nak laksanakan misi terakhir kitorang ni kat UIA. 



Ok bye!
*takde la panjang mana punnn haha*

Friday, May 23, 2014

Aku yang kepedassssan


Assalamualaikum.

Tengahari tadi umi dan ayah aku sampai dari Kelantan.
Humaira warded sebab ear infection.
Kereta aku pulak buat hal.
Ayah bawa pergi bengkel.
Hantar kitorang berdua makan kat restoran.
Aku ambil nasi+ ayam masak kicap+ kacang buncis.
Order nescafe ais.
Makan.


5 minit kemudian,

Aku pandang abang buat air.
Abang tu pandang aku.
Mungkin dapat agak apa aku nak minta.
Sebab dia tengok muka aku merah.
Aku cakap,
"Nak tambah nescafe ais lagi satu..."
Walaupun perlahan,
Abang buat air tu faham.
Dia tanya,
"Pedas eh?"
Aku mengangguk.
Akak pelayan tu dengar.
Tanya aku makan apa.
Aku cakap,
"Ayam masak kicap je pun, saya ingat tak pedas..."
Akak pelayan cakap,
"Kesiannya... akak tukang masak tu memang suka masak pedas-pedas".
Aku tersenyum.
Aku sambung makan.


5 minit kemudian,

Aku tak tahan.
Aku makan tak habis.
Aku basuh tangan laju-laju.
Terus pergi tepi kaunter.
Ada jual bar chocolates.
Aku ambil satu.
Aku cakap kat bos restoran,
"Kira sekali eh... (dengan makanan)"
Bos restoran mengangguk sambil tersenyum.
Menyedari apa yang ku lalui.
Aku kembali ke meja.
Aku makan chocolate laju-laju.
Abang buat air tengah makan kat meja sebelah.
Aku nampak dia tinggalkan pinggan yang makan tak habis atas meja.
Dalam hati,
"Bawak lah sekali pinggan tu kalau taknak basuh pun"


5 minit kemudian.

Sepinggan kecil buah tembikai sampai di mejaku.
Abang buat air yang bawa.
Dia cakap,
"Makan lah, buat hilang pedas"
Aku tersenyum.
Berterima kasih.
Dia sambung makan kat meja sebelah.


5 minit kemudian,

Akak tukang masak keluar.
Tanya abang buat air.
Mana pelanggan yang kepedasan.
Abang buat air tuding jari kat aku.
Akak tukang masak tersenyum kepadaku.
Dan cakap,
"Minta maaf, pedas. Ada black pepper dalam ayam masak kicap"
Aku balas,
"Takpe, saya memang tak tahan pedas sikit. Tapi sedappp"
Akak tukang masak cakap lagi,
"Lain kali kita kurangkan pedas ye..."
Aku tersenyum lagi.


Getus hati aku,

"Apa hal aku kepedasan satu restoran kecoh???
Hahaha.


-TAMAT-




p/s: Respon kakitangan restoran ni buat aku geli hati je lah. Haha. Tapi respect dengan sikap prihatin mereka terhadap pelanggan =)