Do good. Always.

Do good. Always.

Sunday, December 29, 2013

Bersenang-lenang dalam study week


Assalamualaikum.

Suatu hari, dalam kelas pulak tu....

Abang Long: Ada kat Kuantan ke?

Aku: Ye. Ada apa?

Abang Long: Takde. Ingat nak ajak pergi rehat-rehat kat Bukit Gambang Resort. Abang long dapat voucher stay kat apartment situ.


Aku baru nak cakap, abang long dah buang tebiat ke apa rumah kat depan Bukit Gambang tu je, nak sewa-menyewa pulak. Nasib baik laju-laju dia cakap dapat voucher. Haha. So aku pun blah la ke Gambang lepas kelas petang tu.

Kat sini lah kitorang stay.


Ini bilik kami. Nampak tak?Hihi.



Besaaarr punya katil!




Apartment kat sini ada 2 bilik, jadi bestlah aku tidur dengan Faridah je malam tu. Katil cukup luas untuk kami berdua bergolek-golek kat atas tu. Kalau jatuh jugak.... tak tahu lah buas tahap apa dah kau. Haha. Lepas makan (of course pilih makan kat luar, sebab sini maaaahal), kitorang tour lah bangunan utama Arabian Bay Resort ni. Sebab nama pun dah Arab kan, harus ada unta dan pokok kurma kan. Hihi.


Santa Claus tak menarik. Muda, kurus, perut kempis... Huh!

Yang paling kelakar, Santa Claus Bukit Gambang pakai seluar terkoyak. Kahkahkah. Ahem, ahem tak baik aku gelak beriya. Dia tak perasan tu agaknya, benang seluar tertarik masa turun kuda tadi. Huh, orang naik rusa, dia naik kuda pulak -.-"



Pemandangan sekitar kolam dari bilik pada waktu malam.

Pemandangan pada waktu pagi. Nampak tak kereta kuning kecilku di situ?
Paling kecil antara semua. Hihi.


Pagi-pagi lagi Humaira dah masuk bilik kejut aku dan Faridah. Dia ajak pergi main air. Kat kolam bawah tu lah. Pagi-pagi lagi dah ramai orang, sogan den nak mandi nya. Padahal memang tak boleh nak mandi pun sebab dua-dua budak bertuah tak bawa tudung spare. Haha.


Sape excited main bola sekarang???

Kakak Humaira dihampiri baby boy ini, nak main bola sesame katanya.


Baby boy ni comel gila. Bila aku panggil sebab nak ambil gambar dia, dia buat gaya ni...

Haha, comel kan?

Peace yo!




Bye- bye balik dulu. Okay, balik rumah kat depan tu je pun. Haha.




Semalam abang long mesej lagi, katanya dapat voucher lagi. Nak bagi aku, boleh datang dengan kawan-kawan katanya, tapi terpaksa ditolak sebab masa tak mengizinkan. Argghhh, exam pulak, kalau tak mesti best rehat-rehat dengan kawan-kawan. Free kot! Gambang Waterpark, Safari Park etc kat sebelah je. Kalau boleh nak ajak semua kawan perempuan sekelas terus datang sini. Dah final year, haruslah maximizekan memori bersama. Tapi apakan daya, masa tak sesuai. Jahat lah diorang ni bagi voucher time aku exam. Haish. Hahahaha. By the way, this is the last entry for this year, I think. Okay, nak sambung study, bye!



p/s: Sesiapa yang nak sewa apartment kat sini, ianya berharga RM 418/malam. Ada 1 ruang tamu, 2 bilik tidur, 2 bilik air, dapur mini, meja makan, peti sejuk, TV dalam setiap bilik tidur. 

Tuesday, December 24, 2013

Weekend masa posting


Assalamualaikum.

Inilah perjalanan hidup aku sepanjang hujung minggu di KL tempoh hari. Hari Jumaat aku dah lesap. Ahad malam baru balik UIA Gombak balik. Memang memanfaatkan sepenuhnya lah weekend aku hari tu. Haha.


Jumaat

Iqa ajak aku teman dia jumpa Hafiz, kawan baik dia. Hafiz budah sekolah aku jugak, tapi aku tak rapat pun dengan dia. Ops, pembetulan, aku tak pernah bercakap pun dengan dia dulu. Setakat kenal je, budak genius sape tak kenal. Tahun lepas dapat offer wakil Malaysia buat research kat Harvard setahun, nanti grad nanti, amek kau triple degree dia dapat. Huh. Yang kelakarnya Iqa tak expect pun aku setuju nak jumpa, tapi bila aku cakap 'boleh je', terkejut beruk dia haaa... Hahaha. Tapi lepas tu aku suruh dia ajak Liza jugak. Mau nye bawak aku sorang, jadi macam pergi majlis berkabung, senyapppp je nanti jadinya. Pastu aku cakap kat dia, aku tak nak memalukan diorang lagi macam aku pernah buat suatu ketika dahulu. Haaaaa~~ haha. Che Farah, makcik aku pulak sibuk jugak ajak balik rumah Che Ma. Alang-alang tu aku angkut dia sekali. Haha. Kitorang makan kat Restoran Steamboat baru kat area Damansara. Jauh tu dari Gombak tapi takpe, Hafiz yang datang jemput. Heee...

Ni lah Hafiz, Liza, Iqa...

Hihi.. aku tengok je. Mak-mak dengan bapak-bapak yang masak.

Banyak gila makan diorang ni. Perut aku dahla kecik, rugi bawak
 makan steamboat.

Tapi aku tetap tak lepaskan makan ice cream sampai perut buncit. Haha.

Sebahagian. Ni pun, ada dah yang waiter dah angkut sebab tak muat meja.


Restoran Thai Sabye Sabye...macam-macam ada.


Yang menariknya, harga per person kat restoran ni dikira mengikut ketinggian. Ada masa pulak dia ukur tinggi pelanggan ek? Haha. Yang aku ingat kalau tinggi >150cm dicaj RM 33.50 satu kepala. Masa kitorang pergi ni pulak sebab restoran baru buka, ada discount 30%. Yang paling syok nye, Liza si akauntan berjaya yang belanja. Hahaha.


Sabtu

Macam biasa, malam tidur lambat sebab bersembang mengimbau memori lama bagai, anak-anak dara bangun lambat semuanya ye. Nasib baik masih anak dara ye, kalau mak dara buat hal macam ni, dehydrated anak masing-masing sebab tak dapat susu pepagi. Muahahaha. Konon je nak cari roti canai sebab aku ngidam, tapi last-last makan cekodok buat sendiri.

Berjalan kaki ke stesen LRT. Dari rumah Liza.

Teknologi mengajar kita untuk tidak menghiraukan orang
sekeliling dan teruskan bermain candy keras dan pou.

Dah sampai Bukit Jalil.

First time aku datang Jom Heboh. Takde benda pun. Tapi baju murah gila!

Sebelum berpisah dengan Iqa dan Mun, kawan Farah. Iqa ada meeting
keesokan harinya. So, kena balik Gombak. Yang tengah Che Ah, makcik aku.

Kami bertiga ke Times Square pula. Christmas!




Gambar di atas di captured oleh junior kat Tranx. Terkejut aku tiba-tiba ada budak pompuan tegur, macam kenal je, macam kenal je. Tapi aku tak kenal dia pun. Haha. Pelik jugak lah ada yang kenal, sebab aku kan budak skema dulu. Hihi. Ingat nak tengok wayang tapi masa tak mengizinkan. Naik tren nak balik rumah Che Ma, tapi singgah kat Axis, sebab nak.........


KARAOKE!!!

Dekat je dengan rumah Che Ma, jalan kali dah sampai. Semua lagu kitorang balun, dari Nasyid- Rock Kapak- Jiwang meleleh- Klasik- R&B semua main nyanyi je. Even kadang-kadang bunyi macam dah lain. Hahahaha.

First time bagi aku.


Lagu Siam pun Liza balun. Dia memang ratu Siam. Haha.


Muka harus insaf ye..


Ahad

Kita ke mana pula ye? Jom ke Sogo! Ingat nak shopping lah, katanya ada sale. Ok, Sogo memang selalu ada sale pun, tetap mahal jugal aku tengok.

Bergaduh ke ini budak berdua.

Bekas 'tuan' aku. MARA.

Last pic for the day, for us. Sebelum berpisah dengan Liza.


Malam tu, baru pakcik aku hantar balik UIA. Fuh, penat, tapi seronok gila keluar dengan diorang ni. Kawan dunia akhirat =))





Special thanks to Tuan Farhanie, Tuan Fatihah, Nik Nur Afiqah, Azliza, Wan Mohd Hafiz, Munirah, dan kawan Hafiz (lupa nama).

Sunday, December 22, 2013

PPUKM


Assalamualaikum.

Minggu pertama dan minggu kedua posting, group aku kena kerja kat PPUKM. Ahad pagi lagi kitorang dah bergerak ke KL, dalam petang lepas Zohor gitu sampai UIA Gombak. Sampai-sampai je sana, kena bergelandangan dulu lah kan, sebab kunci bilik takde, so tak boleh masuk bilik lagi. Hihi.

Menghirup udara di sekitar Mahallah Asma' UIA Gombak.


Malam tu, Iqa datang bilik aku bila tahu aku dah sampai. Agak kelakar sebab bila aku buka pintu bilik, Iqa hadir bersama sebatang penyapu. Haha. Sebelum tu aku text dia mengadu bilik macam bilik pusaka, berhabuk... macam 3 tahun takde orang duduk situ. Nak sapu lantai, takde penyapu, bilik sebelah pun sama. Sebab tu Iqa datang bawa penyapu, pastu berwasiat suruh aku bawa penyapu tu balik Kuantan. Haha. Lepas makan malam, dia balik lagi bilik dia pastu datang bawak bantal cadar bagai. Iqa, Iqa baik hati sungguh :)


First thought bila aku dapat tahu kena posting kat PPUKM, wow bestnya! Akhirnya posting kat KL, posting jauh sikit. Sebelum ni paling jauh pun kat Hospital Temerloh. So, excited lebih. Second thought, errhhh.. okay ke kat sana? Tak kena dianaktirikan ke nanti? Macam mana layanan staffnurses kat sana? Takut pulak aku bila fikir balik. Dah lah aku senang nak down kalau environment dalam wad tak okay. Haiyoo. Pastu hari first kitorang takde masuk kerja lagi, just ada orientasi. Orientasi… mesti ada taklimat bagai oleh pihak PPUKM. Masa ni lah nak tahu diorang baik ke tak, fikir aku. Hihi. Sangkaanku meleset. Orientasi pagi itu dikendalikan oleh clinical instructors yang jaga kitorang juga. Pastu kena menunggu kat koridor hospital lama-lama pula tu. Panas tahu tak.

Hari 2, dah mula kerja. Group aku kali ni kerja kat Oncology Clinic. Mula-mula rasa cuak juga lah kalau staffnurses kat situ tak suka kat kitorang ke kaaannn, yelah bukan anak sendiri. Tapi sangkaanku meleset sekali lagi. Aku dah cakap first impression aku mesti salah, mesti salah. Aku sendiri tak percaya dengan first impression diri sendiri. Haha. Tapi seriously, diorang baik sangat sangat sangatttt. Semua pulak yang macam tu. Kalau kat hospital sebelum ni dalam yang baik-baik pun, mesti ada sorang dua yang sesat kerek, sombong, pembuli. Tak pun dalam ramai-ramai yang kerek, sombong, pembuli tu mesti ada sorang dua je yang baik. Ouch, yang tu parah sikit lah kalau nak kerja sama-sama. Tanya sikit kena marah, lambat buat kerja sikit kena perli. Haihhh... malas cakap banyak.

Macam staffnurses kat PPUKM, kalau diorang nak minta tolong buat apa-apa mesti cakap, “Munirah, boleh tak tolong Kak Wan bla bla bla…” dengan suara yang lunak sedap telinga mendengar. Apatah lagi kebanyakan diorang ni suka hafal nama, lebih mesra kan di situ. Padahal tukar botol drip yang memang dia dah prepare kat atas cardiac table patient je pun, tapi lepas tu terus “Terima kasih ye Munirah, terima kasih sangat-sangat…” Nampak tak kat situ, macam besar sangat je jasa aku kaaann. Haha. Respect ah korang kak! 


Wow! Aku ada kad pelajar UIA, kad pelajar UKM. Ko hadoo??


2 minggu berlalu dengan bahagianya. Tak pernah aku posting dengan bahagia macam ni. Bukti aku bahagia? Berat badan aku naik 3 kilo kot! Hahahaha. Jelas tak evidence kebahagiaan aku di situ? Tak bahagia macam mana nya, kalau dah UIA Gombak tu macam syurga makanan dah. Cafe saje dah berapa, boleh pilih nak makan kat mana. Dalam satu cafe pulak, banyak pulak jenis hidangan nya, lebih-lebih kat cafe Mahallah Ruqayyah tu. Fuhhh~ 2 minggu kat sana pun, tak sempat nak rasa semua makanan tau. Pastu, kerja pun tak penat, minggu kedua kat CCU (Cardiac Care Unit) lagi laaa tak merasa penatnya berposting sebab jaga satu patient je pun sorang. Kerja pulak dengan staffnurse, jadi sorang patient dijaga 2 orang nurses. Waahh~ Best pulak jadi patient nih! Eh tak taaakkk.....hihihihi. Sebab kitorang balik terus ke Kuantan dari hospital, pagi-pagi Subuh tu dah seret dah semua beg, baldi, toiletries andddd....... penyapu! Haha.

See,gelap lagi...

Amboiii Nab.. sarat sangat tu badan dia. Hihi.

Nak cakap macam budak jalanan, tapi kemas pulak pakai.

Last day kat CCU. Sempat lagi curi-curi snap gambar. Hihi.



Serious pening masa first time aku tengok bendalah ni.

Sebahagian daripada group postingku.

'Teman' aku dalam bas. Semua kena angkut naik, bimbang letak bawah, masuk
air banjir.


Sepanjang perjalanan aku tak tidur *macam aku boleh tidur dalam bas* sebab excited nak tengok banjir. Mana banjir? Mana banjir?? Okay, banjir dah surut pun (-.-"). Ish teruk aku, boleh pulak nak banjir lama-lama hihi. Ampuunnn...

Ni je banjir yang berjaya 'dijumpai' dalam perjalanan.




Terima kasih tak terhingga terutama kepada Nik Nur Afiqah Nik Alwi dan Farah Kamal sebab sudi layan kerenahku sepanjang berada di Gombak. Haha.