Assalamualaikum.
Lambat pula saya nak update sambungan pasal trip ke Kuching tempoh hari gara-gara kemalasan yang melampau melanda diri. Haha. Di kala orang semua kalut angkut barang ke bilik baru, mahallah baru, saya masih di bilik lama, barang-barang semua belum terusik, malah masih kelihatan seperti sebuah bilik yang normal (eh?). Malasnya aiii nak packing ooo. Haha.
Okay, back to the topic. Our next destination is Kaki Gunung Santubong, yeayyy!!! Apa yang ada kat Kaki Gunung Santubong ni? Ada pantai, yeayyy!!! Untuk menampakkan kejelasan Gunung Santubong yang dimaksudkan, En. Ridzuan telah 'mmberhentikan' kami di atas sebuah jambatan hanya untuk memberi kami peluang bergambar berlatarbelakangkan gunung itu dan sungai Sarawak. Subhanallah, cantik yang amat :)
|
Kalau tengok betul-betul, nampak macam bentuk muka orang dari tepi. |
|
Muka ceria lagi di pagi hari lah katakan. Haha. |
|
Ha, sebelah Gunung Santubong tu ialah Gunung Sejinjang. Abaikan saya
di situ. |
|
Oh, langit mendung tanda nak hujan. |
|
Nama pantai yang kami tuju ni, Pantai Damai. Kat sebelah ni ialah Damai
Central. |
|
Apa lagi ada di pantai Gunung Santubong? Ada burung kenyalang! |
|
Tapi bukan burung betul lah nya. Replika sahaja. Haha. |
Pastu, habis je kami lompat yang ni, guruh mula berbunyi, dan Shatirah juga mula berbunyi, "weyh aku nak jugak lompat weyh" hahaha. Dengan pantasnya kami di dalam rintik hujan, kamera bertukar tangan, dan lompatttt sekali lagi! Hehe.. tapi apabila di tapis dan di tapis, hanya gambar-gambar di atas yang sesuai dipertontonkan. Hahaha~ Hujan mula membasahi bumi, kami yang dah wanita semua ni berlari-lari anak ke Damai Central yang terletak betul-betul di tepi pantai dan berhadapan Kampung Budaya. Di dalam Damai Central ni ada macam- macam lah. Ada 7 Eleven, mini cafe yang nampak eksklusif *sebab tu nampak je, masuk tak sebab takut mahal haha*, food court, souvenir shop, dan banyak lagilah, tak sempat nak pusing satu Damai Central ni sebab semua dah lapar lepas berlari dari hujan, dan perut nak meragam time ni pulak dah. Hahaha~ Kami makan kat food court je semua. Harga kat sini okay je lah, tak ada lah mahal sangat or murah sangat.
|
Ni lah pemandangan dari dalam Damai Central. Yang nampak putih tu
pantai lah tu. |
|
Tapi semua orang order dari kedai ni je sebab lepas survey, kedai ni
paling murah harganya, dan memenuhi selera orang Semenanjung. |
|
Senyum tak berapa nak ikhlas sebab sakit perut. Muka dah berminyak,
berpeluh-peluh jalan dalam Kampung Budaya. |
|
Toilet dia lawaaaa giler! dan pelik. Orang yang kat luar siap boleh hulur
tangan lagi ha. Senang kalau tertinggal apa-apa, suruh je orang ambilkan
dan bagi ikut sini. Teehee~ |
|
Makananku.... Nasi putih + butter chicken (ditabur sedikit nestum). Sedap
tapi agak muak sebab butter dia banyak sangat. |
|
Dah kenyang semuanya. |
|
Rasa macam pergi rombongan sekolah lawatan sambil belajar. |
|
Okay, jom ke destinasi seterusnya.... Muzium Kucing!!! |
|
Bye- bye Gunung Santubong! |
Okay, sekarang saya perlu merajinkan diri packing barang-barang yang teramat banyak ni, dan punggah 'mereka' ke bilik baru. Confirm muscles terkejut punya lah. Hahaha~ Hopefully, bilik baru juga okay =)