Do good. Always.

Do good. Always.

Sunday, January 20, 2013

BFF



Duhai sahabat,
Biar kita terpisah beribu batu
Engkau di bumi Amerika, aku hanya disini
Namun demi ilmu yang didambai kita merelakannya
Janji kita agar sentiasa bersama
Masihkah aku kau ingati?


Duhai sahabat,
Masih ingatkah kau kenangan hari terakhirmu di tanah air
Sebelum terbangmu menggapai cita
Esak tangismu kuat di ingatanku
Membuatkan mataku enggan lena
Menangisi pemergianmu


Duhai sahabat,
Aku tahu kau kini telah berubah ke tahap yang lebih baik
Ku mohon pada NYA agar aku mengikuti jejakmu
Suatu hari nanti
Agar aku menjadi muslimah yang baik
Tegar berada disisimu


Duhai sahabat,
Walau ada ketikanya kita bersengketa
Pasti pada akhirnya kau akan mengalah
Mengatakan yang kau salah
Oh, sungguh aku bersyukur YA ALLAH ada engkau
Sebagai temanku


Duhai sahabat,
Andai aku punya ruang dan kesempatan
Akan ku hadir di situ
Setelah 4 tahun berlalu
Memjemputmu pulang
Kembalilah sahabat
Tunggu aku di situ



                                                                                                                      
                                                                                                                                           Muniepila
Yang tulus menyayangimu,
Teman dulu, kini dan selamanya…




Selamat ulang tahun kelahiran sahabat karibku…

Fatin Athirah Mohamed Shukri
20 Januari 1991
Michigan State University, East Lansing, Michigan, USA (Biotechnology)


Wednesday, January 16, 2013

Suatu Ketika Dahulu...



Assalamualaikum.


Beberapa hari lepas, aku turun ke Kuala Lumpur. To be honest, aku menyertai perhimpunan sejuta yang dianjurkan oleh parti pembangkang. But, that’s not the point. On the way nak ke rumah makcik-makcikku dan on the way pulang meninggalkan KL juga, aku akan melalui bekas rumah makcikku, berdekatan dengan Zoo Negara, di Hulu Kelang. Di sini, segalanya bermula suatu ketika dahulu.


Ya, semua orang pasti mengiyakan andai aku menyatakan bahawa menjadi seorang kanak-kanak merupakan zaman yang paling bahagia. Tak perlu memikirkan masalah sekeliling, hanya bermain sahaja. Suatu ketika dahulu, ketika aku berada di bangku sekolah rendah, kami sekeluarga sering ke Kuala Lumpur atas urusan kerja ayah. Kami yang lain dibawa bersama sebab ramai saudara-mara kami menetap di sana, jadi, soal penempatan bukan menjadi satu masalah buat kami. Di sinilah aku menemui ‘dia’.


‘Dia’ bukan sesiapa. Kami selalu bermain bersama, bersama abang dan sepupu-spupuku yang lain. Kami selalu menikmati saat yang ada dengan penuh ceria. Mahu ke Zoo Negara?? Kami hanya berjalan kaki berduyung-duyung dengan diketuai sepupuku yang paling tua. Sungai Kemensah?? Itulah sungai yang sering kami kunjungi suatu ketika dulu. Dan waktu malam, kami isi dengan bermain kejar-mengejar. Bila teringat balik, takde sebab pun kitorang main kejar-kejar, Cuma bila dapat tangkap orang berkenaan, pukul dia, dan dia akan kejar balik untul membayar hutang, untuk pukul balik, dan permainan ini akan berlanjutan sampai bila-bila. Dan aku sering berpasangan dengan ‘dia’. Walaupun ketika aku pulang ke Kelantan dan meninggalkan ‘hutang’, nanti jumpa lepas-lepas tu, boleh bayar balik dengan memukul ‘dia’, dan ‘dia’ akan mengejar aku untuk membalas balik.


Yang paling manis aku ingat tentang ‘dia’ adalah sewaktu kami lepak di atas jejantas. Perangai kami yang tak senonoh, kami suka ludah atas lori yang lalu di bawah jejantas tersebut. Sape yang paling banyak dapat ludah atas lori, dialah yang menang. Suatu ketika, aku jatuh rebah kerana tersepak lubang kecil yang ada atas jejantas tersebut. Lumrah sebagai seorang yang manja, aku menangis teresak-esak melihat luka kecil di lututku. Abangku buat tak tahu sahaja, dan enggan memujuk dan mengangkatku, tapi tiba-tiba ‘dia’ datang memujukku, menyapu debu-debu yang terlekat pada lututku dan segera mengangkat dan membawaku pulang. Alangkah terharunya aku pada ketika itu.


Dan beberapa hari yang lepas, aku bertemu ‘dia’ lagi. Kali ini kami tak banyak bercakap. Masing-masing sudah punya rasa malu, enggan mengulangi apa yang kami lalui dulu, kerana kami sudah tahu batas keduanya. Kisah suatu ketika dahulu, akan ku semai dalam memori, sebagai memori terindah. Dan, oh ya! ‘Dia’ bakal melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati tidak lama lagi. Dan aku…masih di sini, mengingati kisah kami….



Siapa ‘dia’?? Akan ku rungkai setelah ‘dia’ sah bergelar seorang suami.