Lalalala…
sedang orang lain nyenyak dibuai mimpi siang, aku tekun menyiapkan group
assignment bertajuk Meningitis *wekk, berlagak tunjuk rajin ler tuu..*.
Lalalala, tiba-tiba, akibat berlagak rajin, dengan tidak semena-mena aku ter‘stuck’
daripada meneruskan urusanku itu. Berlagak lagi, kan dah blur tak tahu nak buat
apa. Lalu, muncul lah entri ini…muahahaha!
I punya??
Apa yang I punya pulak ni?? Sapa I tu?? Entahlah, aku pun kenal tak kenal je
minah ni. Alkisah nya macam ni la.. satu hari tu dia ada bagitahu la yang dia
ni teringin nak ada kamera sendiri. Lepas tu, setelah beberapa tahun dia kumpul
duit simpanan nya sampai tabung teddy bear pemberian kawannya pecah terburai,
akhirnya dia buat keputusan nak gi beli kamera kat salah sebuah shopping mall
kat Kuantan tu. Hari dia pergi tu pulak ada Annual Grand Dinner pada sebelah
malamnya. Jadi, dia ingat memang masa yang sesuai lah sebab nanti boleh ambik
gambar banyak-banyak dengan baju yang cantik-cantik. Namun, hajatnya tak
kesampaian, setelah dinasihati abang sulungnya agar bersabar sehingga menemui
sebuah kamera yang betul-betul sesuai dan berbaloi. Akhirnya, pada malam
berkenaan dia hanya berbekalkan kamera handphone 8.1 megapixel untuk posing
sakan bersama teman-teman tercinta. Sadis!
Salah satu gambar ketika Annual Grand Dinner tersebut. Ok je gambar ni pun kan? |
Pada 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433 Hijrah, sekali lagi dia ke shopping mall yang sama untuk membeli-belah. Kali ini, dia ditemani abang sulung serta keluarganya. Dengan tidak dirancang, abangnya tiba-tiba berhenti dihadapan kedai kamera yang pernah dikunjunginya suatu ketika dahulu. Terkejut tapi gembira, akhirnya atas khidmat nasihat dan bantuan kewangan sedikit sebanyak daripada abang sulungnya, dia berjaya mendapatkan sebuah kamera yang menepati ciri-ciri yang diingininya.
Mempersembahkannn….
SONY Cyber Shot DSCWX30 Digital Camera, 16.2 Megapixel. |
Gambar pertama yang di'captured'. Hahaha, jelas betul ni, tak boleh nak tipu langsung nak cakap muka licin. |
Eh, tetiba je ada bendalah ni. Berlagak lagi la ni dia ni. Tak pe, ni benda lama, sekarang tidak lagi. Kenangan! |
Wah, like gambar ni tapi dislike background dia. Heee. |
Kek coklat di pos khas dari Sarawak. Memang full of choc. Sampai muak makan. |
Mana satu dia punya wish? |
Mak aiii, hantaran untuk pihak lelaki kasut kuning tu. Tak leh jadi ni. |
Entah bila masa entah gambar ni diambil. |
Si purple diapit oleh si- si hijau. Si hijau ialah birthday girl hari tu. |
Keindahan ciptaan Yang Esa sekitar Masjid Hadhari, Jerteh, Terengganu pada waktu petang. |
Uuuuuu.... very2 like this picture!!! Cantik sangat!! |
Ehem. Kamera yang capture semua gambar-gambar kat atas tu, dia ni punya lah. Kenal tak dia ni??? |
Cantik kan gambar daripada kamera ni? Dia tu suka sangattt. Tapi,
apa yang kita ada tapi orang lain tak
ada, kita digalakkan kongsi sama-sama kan? Jadi, dia ni tak kisah kalau ada
yang nak pinjam kamera dia, janji jaga baik-baik, ok?
Most thanks
to: Tuan Sukri Tuan Sulaiman, Nik Asnawiah Che Mustapha, Tuan Yusnizi Tuan
Sukri, Tuan Nur Syuhada Tuan Muhammad, and Tuan Nur Irdina Humaira Tuan
Yusnizi.