Do good. Always.

Do good. Always.

Saturday, April 30, 2011

TRW vs Pahang


Sebenarnya, banyak entri yang tergendala, terlambat update atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Tapi saya terpaksa menulis entri yang terdahulu walaupun dah tak sabar-sabar untuk berkongsi pengalaman saya dan kawan-kawan merentas desa kota. Jadi, dalam entri yang berbahagia ini, saya dengan bangganya mengatakan dan melaungkan *walaupun tidak dapat didengari* bahawa sesungguhnya saya bangga menjadi anak Kelantan atau dalam bahasa omputih nye berbunyi, “ I AM PROUD TO BE A KELANTANESE!!!”.


Takde la kaitan sangat pun dengan ape yang bakal ditulis oleh saya di bawah ini. Tapi sejujurnya saya sangat bangga dengan rakyat Kelantan, negeriku terchenta, kerana walau di mana pun mereka berada, kecintaan mereka terhadap Kelantan tidak berbelah bahagi. Memang tak boleh disangkal lagi walaupun mereka hanyalah keturunan rakyatnya sahaja. Contohnye, sepupu saya yang cukup marah dan bengang bila rakan-rakannye mengutuk Kelantan walaupun beliau lahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Speaking pun KL you know??hehe~


Ok2, back to the topic. Hari tu *sebenarnya 2 bulan yang lepas* saya bersama adik-beradik tersayang yakni abang long, abang chik dan kak long berpeluang menyaksikan kekalahan pasukan The Red Warriors, Kelantan kepada pasukan Pahang. Sungguh sadis! Dah la tengok live kat Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang. Spoil mood aku jek!


Sebelum game bermula

Tepat pukul 5.30 petang, 26 Februari. Kami berempat bertolak dari Pekan menuju ke Kuantan. Masih dalam keadaan waras dan sedar, abang long memecut kereta buatan Malaysia pada kelajuan minima 120 km/hr kerana memikirkan tiket nak masuk stadium tak beli lagi woiii. Lepas je beli tiket, kami terus berjalan gah berbaju merah menuju ke restoran mamak tepi terminal untuk mengisi perut *dalam stadium tak de orang jual nasi ok?*. Lepas selesai solat kat terminal sebelah stadium, kami terus ke stadium untuk check-in *amboi3, ko ingat ni hotel?*. Ya Allah! Bapak ramai kat luar stadium tu. Majoritinye berbaju merah dan kuning. Ada yang tengah membeli makanan dan minuman kat gerai luar stadium, ada yang sedang berkumpul menunggu rakan2 yang tak kunjung tiba, ada yang beli jersi kat gerai baju dan ada bapak yang tengah cari anaknya yang hilang. Tu la pakcik, lain kali ikat anak tu kat perut, kan senang, g mane-mane pun dia melekat je kat badan tu.


Abang long dan abang chik hilang mane ntah, diorang suruh kami beratur dulu. Mak aii! Panjangnye barisan!!Kitorang jalan punye jalan… “Eh, mane ujung nih..”. Last2, jumpe gak ujung nye tu beraturlah saya dan kak long seadanya. Lame la jugak. Bila nak dekat 10 meter dari pintu masuk, saya suruhla kak long call abang long. Tamat je perbualan antara suami dan isteri itu, saya terus bertanya,


Saya: Mana abang long? Dia katne sekarang?

Kak long: Dia cakap suruh kita masuk dulu. Dia ada je kat belakang tengah beratur. Kak long ajak dia datang je kat kite tapi dia tak nak. Katenye tak baik potong barisan, kesian orang yang beratur. Biar lambat asal tak buat orang sakit hati. Biar lambat asal boleh tengok bolaaa!!!


Lancar je kak long jawab soalan yang diajukan. Skema betol la abang long, abang chik pun ikut je la.haha. Masuk stadium, bahagian tengah dah penuh, terpaksalah kami mencari tempat di bahagian tepi dan atas. Teruja sungguh saya sebab ni pertama kali saya menyaksikan perlawanan pasukan Kelantan secara live. Kalau kat Kelantan, abg chik kesayangan saya tak benarkan saya ke stadium sebab katanye,


“ Aku tak nak engkau di ‘boo’ nanti. Ko tahu je la budak-budak Kelantan ni macam mane. Lebih-lebih kalau pompuan masuk stadium. Macam-macam diorang buat, baling botol la ape la. Aku tak nak la orang buat ko camtu. Sebab aku pun terlibat sama!!hahaha.”


Biasalah, abang long ialah photographer separa professional. Mula lah ambik gambar sana-sini. Yang jadi bahan eksperimen pertama tentulah kami! Sebelum perlawanan mestilah kami keriangan dan penuh kegembiraan terpancar di muka masing-masing. Mane la tahu nak kalah kan? Kalau tahu….



Semasa game berlangsung

Abang chik la manusia yang paling aktif antara kami berempat. Tak senang duduk dia tengok permainan Kelantan malam tu. Saya pun turut join sekaki. Geram dengan pemain-pemain The Red Warriors yang bagai tak menggunakan peluang-peluang yang ada sebaiknye. Permainan hampeh. Pastu pemain-pemain Pahang lak suka sangat cedera. Tak kesian kat JPA ke kena usung korang banyak kali haa?? Tapi apa yang saya suka masa diorang injured, kumpulan Ultras Kelantan akan menyanyikan lagu ini…

Enjet enjet semut

Sape sakit boleh balik

Enjet enjet semut

Sape sakit boleh balik

Memang jelas kedengaran kerana kumpulan ini hanya berada kat atas kitorang je. Bingit!



Selepas game tamat

The Red Warriors kalah 2-0 kepada pasukan Pahang. Kecewa memang kecewa tapi apakan daya, kita merancang Allah yang menentukan. Tak de rezeki kami la tu. Yang paling kecewa mestilah saya. Yela da la first time tengok pasukan sendiri main, pastu kalah lak. Dahla saya yang paling semangat pakai semua merah, sampai sandal pun merah k? Nak tengok muka kecewa kitorang? Saksikanlah, tapi sila buat muka sedih jugak ye?




Saat-saat akhir perlawanan.



Para pemain bersalaman setelah permainan tamat.



Salah seorang penonton pasukan The Red Warriors ditangkap kerana membaling mercun ke tengah padang. Aduiii... memalukan kami aje..=((



Muka kecewa saya je jelas kelihatan, mereka masih gembira??



Pasukan Ultras Kelantan. Bersemangat aje sampai ke akhirnya. Tahniah =)




p/s: Maaf atas errors yang dilakukan oleh pihak Internet. Hanya gambar-gambar diatas berjaya diupload, iaitu gambar selepas perlawanan berakhir. Aii, macam saja je nak tunjuk kami kalah kan?haha..



Appreciation to: Tuan Yusnizi Tuan Sukri, Tuan Mohd Hafizuddin Tuan Sukri, and Tuan Nur Syuhada Tuan Mohamad.




Monday, April 18, 2011

Our Short Film

Saje. Sebab sy x boleh tidur, jadi sy explore file-file yang ada dalam Mr. Lappy kesayangan saya ni dan... sy jumpa gambar- gambar2 dan video- video yang group sy rakamkan untuk siapkan assignment Therapeutic Intervention & Communication In Nursing. So, why not, sy kongsikan di sini untuk tatapan bersama. Lagipun, ia menjadikan usaha kami dan bateri video camera kong lebih berbaloi bagi menjayakan sesi rakaman kami ini. Sebenarnye, da lame da ni, lebih sebulan yang lepas. Walaupun filem pendek ini dihadkan berdurasi hanya 14 minit, namun, tempoh penggambaran mengambil masa hampir 2 minggu! Pendek kata, 14 minit = 14 hari. Awesome!



ok, first mesti la gambar sendiri, jap lagi sume gambar yang lain lak



sebelum penggambaran bermula...



para pelakon bersiap sedia...



kesengalan terserlah di tengah2 penggambaran



director dan pelakonnya ada skandal?? OMG! mahu kahwin ala Indonesi ya?? OMG!OMG!



Kami buat keputusan untuk buat penggambaran kat luar wad. Kalau asyik dalam wad bosan jugak kn. Jadi, lokasi yang menjadi pilihan adalah... Kulliyyah Of Pharmacy nyer bangunan. Scene yang terpilih pulak jatuh kepada scene... jeng3... Zuhair bunuh diri!!! Saje xnak tambah "nak" sebab jadikan ia lagiii kontroversi. Hehe


penggambaran berlanjutan hingga ke malam...



namun, mereka masih gigih bersengkang mata. Eh? cam pelik je ayat



ini skrip kami!



Maaf! photographer lupa ambil gambar masa editing. Satu2 nye yang jd kenangan kami..sob3..


Sebenarnye, bukan lupa ambil gambar masa editing tapi tapi tapi... kami x buat editing langsung pun! Sume Zuhair yang buat. Yang lain ni boleh diibaratkan macam buta IT je, tapi kami normal lagi ok? Cuma tak tahu nak edit je, nasib baik kami ada Zuhair, so thanx so much to Zuhair! Masa final touch kat atas ni, kami cuma terkebil- kebil tengok video yang da siap di edit. Heee...


Hasilnya, tadaaaa!!!! Kalau rajin tunggu loading dan kalau internet laju, korang tengok la.. Kalau malas, tutup tab ni dan tidur... zzzzzz..

Tapi rasanye korang kena tengok jugak la kalau nak tau cite nye, sebab sy x cite kat atas ni. Hehehe..saje..




Macamane? Ok tak? Our first assingment on making video kot. So, of course banyaklah cacat-celanye. Yana pasti kami akan improve untuk Sem depan lak. InsyaAllah.


Terima kasih Eye Clinic IIUM, bagi izin kami ber'background'kan kamu!




K. A. M. I... KAMI!!! KAMI to the left, KAMI to the right. KAMI!!! excited lak..heee
From left: Fadzli Shafiee, Norazizah Jemaat, Siti Sa'adah Azhari, Mufidatul Hazirah Othman, Khalisah Dzulkifly, Me, Mohd Zuhair Yusof.





Appreciation to all names stated above.