Do good. Always.

Do good. Always.

Thursday, September 22, 2011

Selamat Hari Jadi Adik!!!

Hari ni, 21 September 2011 hari jadi adik Aziem a.k.a Tuan Aziem Fakrullah Bin Tuan Sukri. Hari ni genap umur dia 12 tahun. Tapi tak cukup umur untuk kawen ye??haha.. Pagi-pagi subuh lagi dia dah hantar 1 mesej pendek berbunyi,

Kakak. Hari ni hari jadi adik.

Ya sayang ya, kakak ingat. Adik kan tidur awal malam2 macam mana kakak nak wish pukul 12?? Lepas adik mesej kakak terus telefon adik kan? Itu tandanye kakak sayang adik sangat2 *tetibe je jiwang dengan adik sendiri* hehehe.

Pagi tadi,

Saya: Hello???

Adik: Hello kakak…

Saya: Adik, adik tengah buat ape tu? Tengah bersiap nak g sekolah ke? Semalam tidur pukul berapa?? *tak wish pun haha*

Adik: semalam tidur pukul 9. Ni tengah bersiap la ni.hehehe.* adik sy suka gelak tak tentu pasal*

Saya: Happy Birthday Adik!!!!!

Adik: Thank you!!!

Saya: Adik nak hadiah ape?

Adik: Ermmm…..*lame dia fikir*… nantilah Adik pikir dulu, nanti Adik bagitau kakak.hehehe. *amboi3, sukanye dia boleh pilih hadiah sendiri, jangan mintak Ferrari sudah, tak mampu den*




Adik paling rapat dengan abang long.. Muka pun nak dekat sama kan?



Adik dan Cookies, his niece..=))



Ni kat depan waterfront Sarawak



Pastu Adik bagi telefon kat Kusya, my lovely daughter. Umi cakap Kusya cari mane datang suara saya, pastu nak makan handphone. Rindu sama Kusya maaa…. Sangat3..=((

Wednesday, September 21, 2011

Telatah My Cookies..

Bukan biskut la.. Cookies tu my niece, nama sebenar dia Tuan Aqlima Balqis bin Tuan Fakrulhadi. I yang bagi nama tu ok..haha.. Beliau ialah anak sulung kepada abang ngah saya dan merupakan cucu pertama dalam keluarga kami. Hari ni genap umurnya 2 tahun 8 bulan. Kat sini just nak share satu video telatah si kecil comel lote macam Unie nya (saya la tu hehe) masa kitorang berkunjung ke Sarawak tempoh hari. Nak upload gambar-gambar masa kat sana macam banyak sangat + malas la kan. Maybe next time la kot, ok?







Hinata the cutest cat!

Alaaa... tadi macam ade idea nak tulis ape, tapi sekarang da blur.. haish.. altered mental status tol la..haha. Tapi kan since cuti lamegilertigabulan ari tu, saya tak post entri baru pun. Dulu gedik2 nak ade blog, pastu malas..puiiihhh~

So, nak citer pasal….. Hinata la… sape si Hinata ni ye?? Alaaaa character dalam cite Naruto tuh la… yang comel2 rambut kaler kelabu, pastu mata dia putih je, takde anak mata pun.. huh?? tak ingat lagi?? Ishhh… yang ni la…


Oitttt!! Bukan Hinata ni la yang I nak cite kat you all semua.. Hinata yang nk diceritakan di sini ialah seekor kucing yang tak sedar diri + pentingkan diri sendiri melebatkan bulunya dengan sesuka hati. Suke hati dia je nak lebatkan bulunya tanpa memikirkan perasaan orang lain. Ingat bulu2 tu dia punye ke? Memang dia punye pun..ehehehe.. Akan tetapi, *perghh, kata hubung diaaa* tidakkah beliau sedar bahawasanya sikapnya yang keterlaluan itu bakal mengundang banyak rasa tak puas hati dalam kalangan pemerhati2 di luar sana (termasuk diri saya sendiri) sekaligus menambah dosa tiap2 mereka?? Rasa iri hati, geram dan benci tersemat di dalam setiap hati sanubari tatkala melihat beliau melenggokkan badan ke kanan kiri melakukan aksi catwalk nya *nama dah kucing, memangla*. Huhhh, memang tak tahan betol la tengok dia ni. Antara respon2 yang diterima daripada siding hadirin,


Orang biasa: Auuuwww… comel giler kucing ni, lebat tol la bulu dia.. beli kat mane ye??

Student abg long: Sir, geram la tengok kucing sir ni. Kalau sir nak balik kampong pastu takde orang nak jage, sir bagi sayeeee je la jage..hehehe.. *amboi3, ko ingat bilik yang kerajaan bagi tu pusat pemulihan haiwan ke?? Tapi, senang macam ni, da ade org volunteer tuh..haha*

Saya: Aku benci.. aku benci.. aku benci!!!!!! Gerammmmm!!!!!!!!!* goyang2 badan Hinata, penyet2 hidung dia*

Ni la Hinata…

Gambar tak clear, time ni Hinata baru sebulan..


Suke tau nyibok orang tengah marking paper, ngah ngadap lappy sampai pops-up yang tak pernah wujud pon jadi wujud..haha



Gambar latest Hinata 5 bulan..


Masa 3 bulan..


Pandai dia posing..hehe


Melakukan aksi catwalk nya yang memukau..


Mata macam burung hantu kan??


Nak jugakkkkkk...=p


Korang tengok korang x rasa geram ke?? Dah la demand giler. Mandi tak boleh dengan air sejuk, kena mandi air panas. Saya jugak la yang kena masak air letak dalam tab mandinya *besen basuh kain je ponnn*, pastu kena mandikan dia selama setengah jam dengan syampu khas. Then, makan makanan kucing RM30 sekilo.. halloo… kitorang makan beras RM3 je kot sekilo.. memang pokai bela dia nih..tapi apakan daya dah berkenan..haha.. satu masalah dengan dia nih, bab korek mengorek telinga ni, memang susah tahap dewa r.. dah telinga pon diselaputi bulunya yang x ingat dunia tu, macam mane nak korek??haiissshh.. sabar je laaaa…

Tu je untuk kali ni..Chau!

Wednesday, May 18, 2011

IIUM Book of Records: Tour 2011

Pada 20 April 2011, bersamaan dua puluh haribulan empat dua ribu sebelas, tepat jam 2.41 ptg waktu Malaysia, kami berempat sepakat (membawa berkat) berjaya mengharumkan nama UIA terchenta melalui satu perjalanan. Perjalanan yang penuh liku tanpa duri, tapi ketabahan semangat kami mengatasi segalanya. Betapa bangganya kami, hanya kami yang tahu kerana sesungguhnya nama kami telah terpahat dalam IIUM Book of Records. Pak guard dan mak guard menjadi saksi pencapaian rekod yang penuh bersejarah ini, manakala gambar-gambar yang bakal disiarkan menjadi bukti rekod yang kami cipta adalah sah di sisi undang-undang UIA 2011. Tiada langsung babak yang menggunakan teknik CGI seperti dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa, mahupun make up tebal 3 inci dicalit ke muka pelakon-pelakonnya. Peluh yang menitis adalah benar-benar belaka, bukanlah air mineral RM 1.10 7Eleven yang dilumur di wajah suci bersih masing-masing. Saksikanlah liku-liku perjalanan kami yang penuh dengan keterujaan dan ketidakbetulan. Tak caye, tengokla…

10.44 pagi




Para peserta melakukan tabik hormat sambil menyanyikan lagu Negaraku *dalam hati, yelah sangat kan* di hadapan bendera-bendera kebanggaan: Malaysia, Negeri Pahang dan IIUM. Semangat seyhh~



Tabik lagi!! Tak tahu kali ke berapa babak ini di shooting semula. Kali ini, pengarah mengarahkan kami supaya tabik hormat kepada bangunan Jalan Hospital Campus (JHC). Ntah pape je..



Pak dan mak guard menjadi saksi(s) utama penlibatan kami dalam arena rentas kota ni. Dapat approval sebelum memulakan perjalanan tuuu..yuhuuu!!!!



Mestilah dimulakan dengan kaki kanan kan??



Hampeh! Dah jalan baru teringat doa tak baca lagi..hehe..



Ye lah nak jalan la ni.. kena la posing dulu..



Bye-bye Kuantan Parade...



Lalu kat depan satu sekolah ni, pastu poyo la kononnye jadi bdk skolah rendah balik. Pegang botol air, pakai beg kat depan, baca buku * kertas je ok* , than buat kira-kira guna kalkulator. Eh, sekolah rendah boleh guna kalkulator eh?



Duta Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah.



Sempat lagi salah seorang peserta mencium bunga kesukaannya yang banyak dah gugur. Almaklumlah, autumn dah tiba, perghh~~




Hahaha.. macam semut je korang duk bawah MERDEKA tuh.. Time ni klakar..




Sempat lagi mereka berposing di bawah rimbunan yang merendang.




Dalam hutan mana yang korang bangga sangat nk bergambar ni??




Lega bila jumpa kedai tilam ni sebab... ini menandakan yang kitorang dah melepasi setengah perjalanan dari JHC ke IMC.. huh..




Di tangan saya tu asam ye tuan-tuan dan puan-puan. Eyp! Apa ni nurse makan asam.. tak baek untuk kesihatan la..=p




Akhirnya...... jumpa jugak tong sampah ni.. Mereka tak sampai hati nak buang bekas minuman tu kat tepi jalan. Environmentalist la katakan.. Ehem3!



Terserempak dengan benda ni. Benda yang x sepatutnya digunakan untuk 'menceriakan' alam sekitar. Korang rasa patut ke bendalah ni dibuang kat tepi jalan??



Oit3!! Boleh pulak dia main renjis-renjis dipilis kat tepi jalan raya ni. Malulah orang tengok.. Ade aku kisah??hahaha~




Perjalanan diteruskan dengan gelak ketawa walaupun separuh nyawa telah melayang akibat kepenatan terlampau.



2.44 petang


Dah smpai Indera Mahkota Campus!! Yeay3!!.. Pokok pon nak peluk.. Teruja teramat la tu..



Masa sampai kat depan IMC tu kan, sebenarnya kitorang nak amek gambar ngan pak guard kat situ sebagai tanda kami dah berjaya mengharungi segala rintangan dan selamat sampai kat situ. Tapi keempat-empat peserta segan nak cakap dengan pak-pak guard tu. Eh, mana communication skills korang ni ha?? Apalagi, kami pon posing dan control ayu la bergambar dengan pokok-pokok tepi pondok pengawal tu. Tiba-tiba, jeng3……. Tak de apa pon, saja je buat suspen..hehehe.. Tiba-tiba, salah seorang pak guard tu tanye, “ Kereta rosak ke dik balik jalan kaki ni?”. Salah seorang saripada kami menjawab, “ Tak de la pakcik, kami saje je nak jalan dari JHC ni ha, nak pecah rekod kononnye* time ni pon x brani lagi nak cakap, padahal pakcik tu da tegur ape, peluang di depan mata terlepas beb*. Tak lama kemudian masih lagi mengekalkan segan silu yang sudah sebati dalam jiwa masing-masing, salah seorang daripada kami memberanikan diri manghampiri pakcik (yang pakai spek hitam) dan menyatakan hasrat yang sudah lama terpendam di jiwa.

Kami: Pakcikkkkkkkk….. Kitorang sebenarnyaaaa nak amek gambar dengan pakcik sempena kejayaan kami berjaya merentas desa kota dari JHC ke sini. Boleh takkkk pakcik? *telan air liur mengharapkan satu kepastian*

Pakcik: Eh pakcik tak boleh ni dik. Pakcik tengah keje ni *berdiri kat tengah jalan, macamla ada kereta nak masuk pun..hehe..*

Kami: * pergh.. berdedikasi dan berdisiplin betul pakcik ni* Alaaa pakcik.. kejaaaaaaaappp jee… pleaseeee…

Pakcik: Tak boleh la dik. Nah g amek gambar dengan pakcik tu, dia dah habis keje *sambil menuding jari kat sorang pakcik lain, pakcik tu senyum-senyum je, nak la tuuuu*

Kami: *kelip-kelip mata banyak kali mengharapkan simpati*

Tiba- tiba………

Pakcik yang berdedikasi tengah jaga lalulintas tadi tu……

Pakcik: Haaaa..cepatlaaa.. tak de kereta ni.. cepat-cepat amek gambar, pakcik da bersedia ni..* sambil berdiri dengan lagak macho*

Kami: *Lerhh… nak jugakkkk*.. Ok pakcik.. macho la pakcik!!!

Dan inilah pakcik yang kami maksudkan itu, macho kan3??hehe..


Berjaya jugak pujuk pakcik ni nak amek gambar..hehe..thanks pakcik macho!!



Appreciation to: Siti Nur Aishah Hashim, Nik Faridah Seman, Norazizah Jemaat, Kak Ji Second Year Nursing, Pak dan Mak Guard(s) yang telah menjayakan 'acara' yang sungguh berprestij ini..hik3!

Saturday, April 30, 2011

TRW vs Pahang


Sebenarnya, banyak entri yang tergendala, terlambat update atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Tapi saya terpaksa menulis entri yang terdahulu walaupun dah tak sabar-sabar untuk berkongsi pengalaman saya dan kawan-kawan merentas desa kota. Jadi, dalam entri yang berbahagia ini, saya dengan bangganya mengatakan dan melaungkan *walaupun tidak dapat didengari* bahawa sesungguhnya saya bangga menjadi anak Kelantan atau dalam bahasa omputih nye berbunyi, “ I AM PROUD TO BE A KELANTANESE!!!”.


Takde la kaitan sangat pun dengan ape yang bakal ditulis oleh saya di bawah ini. Tapi sejujurnya saya sangat bangga dengan rakyat Kelantan, negeriku terchenta, kerana walau di mana pun mereka berada, kecintaan mereka terhadap Kelantan tidak berbelah bahagi. Memang tak boleh disangkal lagi walaupun mereka hanyalah keturunan rakyatnya sahaja. Contohnye, sepupu saya yang cukup marah dan bengang bila rakan-rakannye mengutuk Kelantan walaupun beliau lahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Speaking pun KL you know??hehe~


Ok2, back to the topic. Hari tu *sebenarnya 2 bulan yang lepas* saya bersama adik-beradik tersayang yakni abang long, abang chik dan kak long berpeluang menyaksikan kekalahan pasukan The Red Warriors, Kelantan kepada pasukan Pahang. Sungguh sadis! Dah la tengok live kat Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang. Spoil mood aku jek!


Sebelum game bermula

Tepat pukul 5.30 petang, 26 Februari. Kami berempat bertolak dari Pekan menuju ke Kuantan. Masih dalam keadaan waras dan sedar, abang long memecut kereta buatan Malaysia pada kelajuan minima 120 km/hr kerana memikirkan tiket nak masuk stadium tak beli lagi woiii. Lepas je beli tiket, kami terus berjalan gah berbaju merah menuju ke restoran mamak tepi terminal untuk mengisi perut *dalam stadium tak de orang jual nasi ok?*. Lepas selesai solat kat terminal sebelah stadium, kami terus ke stadium untuk check-in *amboi3, ko ingat ni hotel?*. Ya Allah! Bapak ramai kat luar stadium tu. Majoritinye berbaju merah dan kuning. Ada yang tengah membeli makanan dan minuman kat gerai luar stadium, ada yang sedang berkumpul menunggu rakan2 yang tak kunjung tiba, ada yang beli jersi kat gerai baju dan ada bapak yang tengah cari anaknya yang hilang. Tu la pakcik, lain kali ikat anak tu kat perut, kan senang, g mane-mane pun dia melekat je kat badan tu.


Abang long dan abang chik hilang mane ntah, diorang suruh kami beratur dulu. Mak aii! Panjangnye barisan!!Kitorang jalan punye jalan… “Eh, mane ujung nih..”. Last2, jumpe gak ujung nye tu beraturlah saya dan kak long seadanya. Lame la jugak. Bila nak dekat 10 meter dari pintu masuk, saya suruhla kak long call abang long. Tamat je perbualan antara suami dan isteri itu, saya terus bertanya,


Saya: Mana abang long? Dia katne sekarang?

Kak long: Dia cakap suruh kita masuk dulu. Dia ada je kat belakang tengah beratur. Kak long ajak dia datang je kat kite tapi dia tak nak. Katenye tak baik potong barisan, kesian orang yang beratur. Biar lambat asal tak buat orang sakit hati. Biar lambat asal boleh tengok bolaaa!!!


Lancar je kak long jawab soalan yang diajukan. Skema betol la abang long, abang chik pun ikut je la.haha. Masuk stadium, bahagian tengah dah penuh, terpaksalah kami mencari tempat di bahagian tepi dan atas. Teruja sungguh saya sebab ni pertama kali saya menyaksikan perlawanan pasukan Kelantan secara live. Kalau kat Kelantan, abg chik kesayangan saya tak benarkan saya ke stadium sebab katanye,


“ Aku tak nak engkau di ‘boo’ nanti. Ko tahu je la budak-budak Kelantan ni macam mane. Lebih-lebih kalau pompuan masuk stadium. Macam-macam diorang buat, baling botol la ape la. Aku tak nak la orang buat ko camtu. Sebab aku pun terlibat sama!!hahaha.”


Biasalah, abang long ialah photographer separa professional. Mula lah ambik gambar sana-sini. Yang jadi bahan eksperimen pertama tentulah kami! Sebelum perlawanan mestilah kami keriangan dan penuh kegembiraan terpancar di muka masing-masing. Mane la tahu nak kalah kan? Kalau tahu….



Semasa game berlangsung

Abang chik la manusia yang paling aktif antara kami berempat. Tak senang duduk dia tengok permainan Kelantan malam tu. Saya pun turut join sekaki. Geram dengan pemain-pemain The Red Warriors yang bagai tak menggunakan peluang-peluang yang ada sebaiknye. Permainan hampeh. Pastu pemain-pemain Pahang lak suka sangat cedera. Tak kesian kat JPA ke kena usung korang banyak kali haa?? Tapi apa yang saya suka masa diorang injured, kumpulan Ultras Kelantan akan menyanyikan lagu ini…

Enjet enjet semut

Sape sakit boleh balik

Enjet enjet semut

Sape sakit boleh balik

Memang jelas kedengaran kerana kumpulan ini hanya berada kat atas kitorang je. Bingit!



Selepas game tamat

The Red Warriors kalah 2-0 kepada pasukan Pahang. Kecewa memang kecewa tapi apakan daya, kita merancang Allah yang menentukan. Tak de rezeki kami la tu. Yang paling kecewa mestilah saya. Yela da la first time tengok pasukan sendiri main, pastu kalah lak. Dahla saya yang paling semangat pakai semua merah, sampai sandal pun merah k? Nak tengok muka kecewa kitorang? Saksikanlah, tapi sila buat muka sedih jugak ye?




Saat-saat akhir perlawanan.



Para pemain bersalaman setelah permainan tamat.



Salah seorang penonton pasukan The Red Warriors ditangkap kerana membaling mercun ke tengah padang. Aduiii... memalukan kami aje..=((



Muka kecewa saya je jelas kelihatan, mereka masih gembira??



Pasukan Ultras Kelantan. Bersemangat aje sampai ke akhirnya. Tahniah =)




p/s: Maaf atas errors yang dilakukan oleh pihak Internet. Hanya gambar-gambar diatas berjaya diupload, iaitu gambar selepas perlawanan berakhir. Aii, macam saja je nak tunjuk kami kalah kan?haha..



Appreciation to: Tuan Yusnizi Tuan Sukri, Tuan Mohd Hafizuddin Tuan Sukri, and Tuan Nur Syuhada Tuan Mohamad.




Monday, April 18, 2011

Our Short Film

Saje. Sebab sy x boleh tidur, jadi sy explore file-file yang ada dalam Mr. Lappy kesayangan saya ni dan... sy jumpa gambar- gambar2 dan video- video yang group sy rakamkan untuk siapkan assignment Therapeutic Intervention & Communication In Nursing. So, why not, sy kongsikan di sini untuk tatapan bersama. Lagipun, ia menjadikan usaha kami dan bateri video camera kong lebih berbaloi bagi menjayakan sesi rakaman kami ini. Sebenarnye, da lame da ni, lebih sebulan yang lepas. Walaupun filem pendek ini dihadkan berdurasi hanya 14 minit, namun, tempoh penggambaran mengambil masa hampir 2 minggu! Pendek kata, 14 minit = 14 hari. Awesome!



ok, first mesti la gambar sendiri, jap lagi sume gambar yang lain lak



sebelum penggambaran bermula...



para pelakon bersiap sedia...



kesengalan terserlah di tengah2 penggambaran



director dan pelakonnya ada skandal?? OMG! mahu kahwin ala Indonesi ya?? OMG!OMG!



Kami buat keputusan untuk buat penggambaran kat luar wad. Kalau asyik dalam wad bosan jugak kn. Jadi, lokasi yang menjadi pilihan adalah... Kulliyyah Of Pharmacy nyer bangunan. Scene yang terpilih pulak jatuh kepada scene... jeng3... Zuhair bunuh diri!!! Saje xnak tambah "nak" sebab jadikan ia lagiii kontroversi. Hehe


penggambaran berlanjutan hingga ke malam...



namun, mereka masih gigih bersengkang mata. Eh? cam pelik je ayat



ini skrip kami!



Maaf! photographer lupa ambil gambar masa editing. Satu2 nye yang jd kenangan kami..sob3..


Sebenarnye, bukan lupa ambil gambar masa editing tapi tapi tapi... kami x buat editing langsung pun! Sume Zuhair yang buat. Yang lain ni boleh diibaratkan macam buta IT je, tapi kami normal lagi ok? Cuma tak tahu nak edit je, nasib baik kami ada Zuhair, so thanx so much to Zuhair! Masa final touch kat atas ni, kami cuma terkebil- kebil tengok video yang da siap di edit. Heee...


Hasilnya, tadaaaa!!!! Kalau rajin tunggu loading dan kalau internet laju, korang tengok la.. Kalau malas, tutup tab ni dan tidur... zzzzzz..

Tapi rasanye korang kena tengok jugak la kalau nak tau cite nye, sebab sy x cite kat atas ni. Hehehe..saje..




Macamane? Ok tak? Our first assingment on making video kot. So, of course banyaklah cacat-celanye. Yana pasti kami akan improve untuk Sem depan lak. InsyaAllah.


Terima kasih Eye Clinic IIUM, bagi izin kami ber'background'kan kamu!




K. A. M. I... KAMI!!! KAMI to the left, KAMI to the right. KAMI!!! excited lak..heee
From left: Fadzli Shafiee, Norazizah Jemaat, Siti Sa'adah Azhari, Mufidatul Hazirah Othman, Khalisah Dzulkifly, Me, Mohd Zuhair Yusof.





Appreciation to all names stated above.



Thursday, March 17, 2011

Hari BEST Posting 1

ke Hari Posting BEST 1?? erm, x kisah la..

Tapi ianya berlaku pada Selasa, 15 Mac 2011. Kenape hari tu best ye?? Ini adalah sorotan peristiwa-peristiwa menarik sepanjang hari berkenaan.


8.00 pagi

Hari tu sy kerja syif petang, masuk pukul 2. Tapi sy pergi awal bukan sebab rajin nak study ke ape, tapi sebab nak tolong seorang teman sy uruskan kedai Kiosk nye.heee.. Tapi rupe2 nye da ade orang yang settlekan, so, kami lepak di library sahaja. Nasib baik bawak lappy pagi tu, so, dengan semangatnya berusaha menyiapkan assignment Parasitology sy. Teman sy tu pulak, tak tahu kenapa, tido je dari mula sampai nak dekat tengahari. Menurut beliau, " Mungkin sebab sy tengah baca notes 'Dying' kot, sebab tu sy pon asyik tido". Sy, " Huh? ade kaitan kerrrr??"


1.50 petang

Lepas makan dan solat, kami pon beriringan ramai2 ke HTAA aka Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Petang itu,posting bermulakan dengan penuh kebosanan.huh. Tak sabar rasenye nak cepat2 abis posting hari tu dan pergi kelas Anatomy keesokan harinye. Sampai macam tu sekali sy suka kelas Anat. Oh, tidak sebenarnye!!haha.


5.00 petang

Tyme ni masa melawat bagi waris2 pesakit. Ada la sorang mamat ni, waris sorang pesakit yang agak tenat keadaannye. Rasenye mamat ni asal dari Bangladesh kot, mintak tolong nurse sedut kahak kat dalam tekak warisnye yang sakit tu. Oleh sebab nurse tu busy, nurse tu suruh la kami, students nurse yang buat. Sorang teman tu x berani nak buat, jadi dia mintak tolong sy yang buat. Padahal sy baru first time jugak nk buat, tapi buat2 beranikan diri la.cehhh haha~ Sebab warisnye yang tadi tu xreti buat, jadi kami ni nak la ajar dia buat. Punya la susah nak terangkan niat kami yang suci murni tu, sebab dia xpaham bahasa Melayu, sampai kami terpakse mintak tolong sorang cleaner ni yang berasal dari Bangladesh jugak untuk terangkan kt dia. Nasib baek paham jugak kan. So, kami teruskan la procedura yang mencabar itu. Terketar-ketar tangan sy haa. Sy buat procedure je, teman2 sy yang laen yang terangkan kt dia. Yang sy dengar, diorang just ckp, " like this... like this" je sambil tunjuk kat ape yang sy buat, sebabnye mamat tu kan x paham..hehe. Last tu, nak la suruh dia buat sendiri depan kami, ade ke dia cakap, "next time" pastu terus blah. Huh, penat je kawan2 sy gunekan segala bahasa isyarat td.haha.

Lepas kami abis buat procedure tu, nurse td pon suruh kami bagi feeding lak kat patient yang same.

Nurse: Adik, boleh bagi feeding tak kt patient ni? Da sampai masa dia makan nih.

Kami: Eh, boleh je, boleh boleh! *yakin giler jawab, padahal x ponah2 buat pon heh*. Erkk, tapi boleh tak nurse tolong tengok kami buat, sebab ni first tyme nak buat kat patient btol, selama ni buat kat patung je.hee

Nurse: Eh, mesti la boleh. Sy ade kat tepi nanti, jangan risau. Bancuh reti kan? Bancuh senang je..

Sy: *dalam hati*. Bancuh?? Bancuh tu la yang aku x reti. Kitorang diajar cara2 bagi susu yang dah dibancuh je, mane ade belajar cara2 bancuh pon. Tapi xpe ah, same je kot cam bancuh susu kat umah.

Setelah diberi arahan untuk membancuh susu Nutren Diabetik sebanyak 300 ml, sy dan seorang teman pon mula lah membancuh susu dalam satu jug. Usai sudah procedure bancuh-membancuh, sy pon bawaklah jug berisi susu dan teman sy bawak jug berisi air masak serta syringe di tangannye menuju ke katil patient. Nampak je kami bawak susu dalam jug, nurse tu menjerit...

Nurse: Ya Allah adikkkk!!!! Kenape bawak susu datang sini dengan jug?haha. Bukan macam ni la adik, ade bekas dia la*geleng-geleng kepala*

Bergegar satu wad tu haa dia g kecoh2. Terkejut kot first time ade orang buat camtu. Sume staff nurses gelakkan kami. Malu kami, tapi memang salah kami pon. Sape suh pandai2 buat dalam jug.haha. Xpe2, amek pengajaran.


6.30 petang

Nurse: Adik.. adik.. Mai sini jap, boleh tolong akak x?

Sy dan awak pon pergi la dekat ngan nurse tu.

Sy: Kenapa nurse? Nak mintak tolong ape?

Nurse: Kenal PCU tak? Bleh turun g sane tak?

Sy dan Awak: Huh? PCU? Erm, x kenal la nurse. Nak suruh kitorang buat ape?

Nurse: Laa.. tak kenal ke? Pastu, cane nak g?hrmmm...

Awak: Haa.. xpe nurse, kami boley cariiii...hik3.. *nampak sangat nak merayau*. Nurse bagitau je katne, nanti kami cari la, mesti jumpe nyer la..hehe

Nurse: Ermm.. boley ke ni? x pela. Camni, awak g kat Lorrist (Low Risk), PCU kat tepi Lorrist tu je. Lorrist kenal kn kat mane? dekat ngan cafe tu, kena kuar bangunan la dik..

Kami: *terdiam* Errkkk, xpe2 kami cariiii..

Nampak kami sangat dalam ke'blur'an, lantas nurse itu mengambil sehelai kertas, lalu menulis..






Kami: Laaa... Low Risk ke??hahahaha..

Sy: Sy ingat 'Lorrist' , name cafe ke ape.haha

Awak: Sy ingat kedai bunga!

Sy dan Nurse: Itu florist la awak!haha

Sy dan Awak pon berjalan la menuju ke tempat berkenaan. Keluar2 bangunan tu, memang da nampak tulisan besar, 'LOW RISK', tempat bersalin berisiko rendah. Pusing kanan terpampang, 'Unit Rawatan Paliatif'.

Awak: OOooo... kat sini pon ade Unit Rawatan Paliatif...oooo...

Sy: Eh??*terdiam seketika*. Sy rase kan awk, PCU tu Palliative Care Unit la kan?

Awak: Ha'ah la awk. Tu la sape suruh x tanye tadi, buat2 taw lak. Naseb baek jumpe,kn?

Sy: Hehehe.. critical thinking sunggoh kite..heee..

Awak:???


9.00 malam

Kaki da lenguh, perut da berbunyi, mata da layu, katil dah menunggu,tibalah masanye untuk kami balik! Yeay3!!! Boleh balik, boleh balik, boleh tido, boleh tido, yeay3! Tapi, kat luar hujan x berenti. Haishh, da la payung tertinggal kat JHC. Terokla camni, terpaksela meredah ujan malam tu. Tetibe rase nak makan Cool Blog la lak, jadi kami melencong la ke Kuantan Parade. Naseb tak menyebelahi sy, gerai Cool Blog da tutup!

Takpe2, baru kul 9.30 malam, KFC bukak lagik.hehe. Then, kitorang pon ape lagi, laju je jalan menuju KFC, maklumla perot da bunyik2 dari td lagi nih. Sampai kat kaunter...

Saya: Ermmm, M..........

Kakak KFC: Bungkus sahaja ye.

Saya: *Cehhh~ aku baru nak bukak mulut cakap makan kat sini. Lapar nih, lapar nih*
Ehehehe, bley bungkus je eh? Erm xpe la bagi sy X-Meal Pocketful satu!

Berbekalkan muka yang sedih ditambah dengan perut yang lapar, kami berjalan penuh longlai menuju bas yang setia menunggu depan JHC. Naik je bas, sebab x mampu nak tahan lapar, kami tabahkan diri makan KFC dalam gelap.Hanya brteman bulan dan lampu jalan je. Sadis sunggoh! Sesungguhnya, saat dan ketika itu rakan-rakan kami yang lain menunjukkan rasa simpati yang menebal dan tak putus-putus melontarkan kata-kata semangat yang sungguh bermakna bagi kami. Terima kasih sume, jasa kalian memberi semangat untuk menghabiskan KFC dalam bas akan kami ingat sampai bebile. Huuuu....






kepenatan ye..



mereka yang x jemu2 memberi kata-kata semangat~


Appreciation to: All sisters and nurses in Kiambang 5C Ward, all my posting group members: Siti Nur Aishah Hashim, Nik Faridah Seman, Ummu Nasyihin Razali, Siti Sa'adah Azhari, Nur Syuhada Sjarifuddin, Nurul Nabilah Mohd Hanapi, Muhammad Farhan Mahmud, Muhamad Amirul Shahmir Rosari, Mohd Syirazie Mirza Hasan, Nuur Asyrafuddin Mohd Said and Nik Muhd Fathullah Nik Ahmad. Enjoy working with all of you, guys!(^_^)..